KD Hang Tuah (pertama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
HMS Loch Insh
KD Hang Tuah pertama
Angkatan Royal Navy Tentera Laut Diraja Malaysia
Jenis: Korvet (K), Frigat (F/FF)
Kelas : Frigat Kelas Loch
Pembuat: Henry Robb Ltd, Scotland
Mula dibina: 1943
Khidmat: Dipindah ke TLDM pada 2 Oktober 1964, Ditamat tauliah pada 1977
Spesifikasi
Sesaran : 1435 tan
Panjang 93.8 m
Lebar 11.8 m
Draf kedalaman 2.7 m
Pendorongan 2x Admiralty dandang 3-dram, 2 shaf
Kelajuan 20 knots
Persenjataan 1 x meriam 4 inci
4 x meriam 2 pounder antikapal terbang (tanjakan tunggal empat laras)
6 x meriam 20m (2 x 2 laras, 2 x 1 laras )
2 x pelancar mortar Squid tiga laras anti kapal selam
Penderia Sonar pencari 144 dan 147B
Anak kapal 114

KD Hang Tuah (F433) merupakan kapal perang Malaysia yang diserahkan oleh kerajaan British kepada kepada Tentera Laut Diraja Malaysia pada 2 Oktober 1964. Nama asalnya adalah HMS loch Insh.

HMS Loch Insh (K433) adalah sebuah kapal frigat dari kelas Loch yang digunakan oleh Tentera Laut Diraja British. Kapal HMS Loch Insh diberikan nombor panji K433 dan dinamakan Loch Insh sempena sebuah tasik (loch) di Scotland.

Kapal ini dibina oleh Henry Robb Ltd di Leith, Scotland dan dilancarkan pada 10 Mei 1943. HMS Loch Insh berkhidmat semasa Perang Dunia II dan menyertai penugasan mengiringi konvoi dari Britain ke Russia. Pada 29 April 1945, HMS Loch Insh membantu kapal HMS Anguilla (frigat Kelas Colony) dan HMS Cotton (frigat Kelas Captain) untuk memburu dan menenggelamkan kapal selam U-286 menggunakan “depth charge”. Pada hari yang sama juga, Loch Insh bersendirian memburu dan menenggelamkan kapal selam U-307. [1]

Tentera Laut Diraja Malaysia[sunting | sunting sumber]

Selepas Perang Dunia Kedua, pada 2 Okober 1964, HMS loch Insh dipindah khidmat kepada Tentera Laut Diraja Malaysia. Kapal ini diberikan nama KD Hang Tuah dan menggunakan nombor panji F433.

F433 KD Hang Tuah dilucutkan tauliah dalam tahun 1977 dan disekerap. Nama kapal ini dipindahkan kepada frigat baru F76 KD Hang Tuah dan menjadi Kapal Laksamana Tentera Laut Diraja Malaysia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]