Scotland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Scotland
Alba
Moto: Nemo me impune lacessit
Ibu negara Edinburgh
Bandar terbesar Glasgow
Bahasa rasmi Bahasa Inggeris, Bahasa Gaelic (bahasa tempatan)
Kerajaan Raja berperlembagaan
 -  Ratu Elizabeth II
 -  Perdana Menteri David Cameron
 -  Menteri Pertama Alex Salmond
Penyatuan 675 - 1472 M
 -  Perairan (%) 1.9
Populasi
 -  2005 (anggaran) 5,116,900 (-)
 -  2001 (anggaran) 5,062,011
KDNK (PPP) 2006 anggaran
 -  Jumlah $172 bilion (-)
 -  Per kapita $33,680 (-)
HDI (2003) 0.939 (tinggi / -)
Mata wang Paun Sterling (€) (GBP)
Zon waktu GMT
 -  Musim panas (DST) BST (UTC+1)
Kod panggilan 44
Internet TLD .uk

Scotland merupakan sebahagian daripada United Kingdom dan meliputi bahagian utara Pulau Great Britain dan berkongsi sempadan darat di bahagian selatan dengan England. Selain itu, Scotland juga mengandungi lebih daripada 790 buah pulau yang termsuk Pulau Arran, Pulau Orkney, Pulau Skye dan lain-lain.

Bandar-bandar bertaraf bandaraya (city) di Scotland (disusun mengikut bilangan penduduk) termasuk:

Sebelum ini, Kerajaan Scotland merupakan sebuah negeri yang merdeka sehingga 1 Mei 1707 apabila Kerajaan Scotland disatukan dengan Kerajaan England secara politik membentuk Kerajaan Great Britain melalui Akta Kesatuan 1707 (Acts of Union 1707). Sejak 1999, Scotland membentuk Parlimen sendiri.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah bertulis Scotland bermula semasa zaman pemerintahan Empayar Rom di Britain sekitar tahun 43-410. Pada masa itu, jajahan Rom di Britain dikenali sebagai Britannia dan ia meliputi kawasan-kawasan yang kini dikenali sebagai England dan Wales. Sebahagian daripada Selatan Scotland juga dikawal secara tidak langsung oleh Empayar Rom. Kawasan di sebelah utara yang tidak dijajahi Rom dikenali sebagai Caledonia, nama Scotland pada zaman tersebut. Caledonia pada masa itu diduduki oleh orang Picts dan orang Scotland Dalriada di kawasan Argyll.

Bahasa[sunting | sunting sumber]

Bahasa Inggeris, Bahasa Gaelik Scotland dan Bahasa Scotland merupakan bahasa rasmi di Scotland. Namun begitu, Bahasa Inggeris ialah bahasa utama. Kebanyakan orang Scotland bertutur dengan Bahasa Inggeris yang berloghat Scotland.

Bilangan penutur Bahasa Gaelik telah merosot ke kira-kira 1% daripada jumlah penduduk. Penggunanan Bahasa Gaelik adalah terhad di kawasan tanah tinggi dan kepulauan Scotland, contohnya, Kepulauan Western. Pelbagai langkah telah diambil dalam usaha untuk memupuk penggunaan Bahasa Gaelik, seperti rancangan television dalam Bahasa Gaelik dan sebagainya.

30% daripada jumlah populasi dianggar berupaya berbahasa Scotland.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Lembaga Perlancongan Scotland