KD Laksamana Hang Nadim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
KD Laksamana Hang Nadim

KD Laksamana Hang Nadim merupakan kapal perang milik Tentera Laut Diraja Malaysia dan berpengkalan di Pelabuhan Lumut, Perak, Malaysia. Pada asalnya kapal ini dibina oleh syarikat pertahanan Itali untuk kegunaan tentera laut Irak. Namun sekatan yang dikenakan oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu kepada Irak waktu itu menyebabkan kapal ini tidak boleh dijual kepada negara berkenaan. Sehubungan dengan itu, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membeli kapal ini untuk ditauliahkan kedalam armada mereka.[1]

Kapal ini dipersenjatai dengan sebuah meriam Oto Melara 76mm dan sebuah meriam Bofors 40mm. Ia juga dilengkapi dengan perluru berpandu anti pesawat jenis Aspide dan perluru berpandu anti kapal jenis Otomat. Untuk menghadapi peperangan anti kapal selam, kapal ini dilengkapi dengan tabung peluncur torpedo.

Rujukan[sunting | sunting sumber]