KRI Barakuda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

KRI Barakuda (814) merupakan kapal perang tentera laut Indonesia jenis kapal peronda besar kelas Kakap yang sentiasa bersedia mempertahankan negara pulau Indonesia.

Kapal KRI Barakuda milik Indonesia merupakan kapal jenis kapal peronda besar kelas Kakap (PB 57). KRI Barakuda memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh.

KRI Barakuda dibina oleh Lurssen, Vegesack, Jerman dan sebahagiannya oleh P.T. PAL SY, Surabaya. Sebahagian daripada badan kapal dibina di Jerman dan dipasang di Indonesia. KRI Barakuda dilancarkan pada tahun 1990. Kapal lain dalam kelas yang sama adalah KRI Kakap, KRI Kerapu, KRI Tongkol, dan KRI Barakuda.

KRI Barakuda mempunyai 49 orang anak kapal termasuk 8 sementara. KRI Barakuda dilengkapi untuk misi pertempuran kapal ke kapal di permukaan laut "anti-surface warfare".

Kapal KRI Barakuda sepanjang 58.1m; 7.62meter * 2.73meter ( 190.6kaki panjang * 25kaki * 9kaki) mempunyai kelajuan bertempur pada 28.1 knot. KRI Barakuda mempunyai seseran 425 tan penuh.

Selain itu KRI Barakuda juga digunakan sebagai bot Presiden bagi tugas-tugas rasmi lawatan kepulau-pulau berhampiran.

Rekabentuk kapal membenarkan tatarajahnya ditukar bagi menerima pelbagai sistem persenjataan dan pengesan untuk memenuhi keperluan operasi yang berkembang bagi angkatan tentera Indonesia.

TORPEDO[sunting | sunting sumber]

Tiada maklumat

PELURU BERPANDU[sunting | sunting sumber]

Tiada maklumat

MERIAM[sunting | sunting sumber]

Meriam utama kapal perang KRI Barakuda yang dipasang pada dek hadapan, adalah meriam tunggal 40 mm serta dua mesingan 7.62 mm. Ia menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar.

PENANGKIS "COUNTERMEASURES"[sunting | sunting sumber]

KRI Barakuda mempunyai sistem penangkis pemintas DR200S bagi pertahanan udara terhadap peluru berpandu.

PENGESAN[sunting | sunting sumber]

KRI Barakuda memiliki radar pengesan permukaan yang berupaya memberikan carian radar dan amaran ancaman musuh.

Penerbangan[sunting | sunting sumber]

KRI Barakuda dilengkapi dengan dek penerbangan dan kemudahan hanger di bahagian belakang yang mampu mengendali sebuah helikopter NBO-105.

TUJAHAN[sunting | sunting sumber]

Kapal KRI Barakuda mempunyai dua enjin disel yang menghasilkan 8,260 bhp secara berterusan dengan dua gandar "shaft". Ia mampu beroperasi secara berterusan pada kelajuan 28.1 batu nautikal.

Pegawai pemerintah KRI Barakuda[sunting | sunting sumber]

  1. (19?? - 19??)

Tiada maklumat

Pautan luar[sunting | sunting sumber]