KRI Tongkol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

KRI Tongkol (813) merupakan kapal perang tentera laut Indonesia jenis kapal peronda besar kelas Kakap yang sentiasa bersedia mempertahankan negara pulau Indonesia.

Kapal KRI Tongkol milik Indonesia merupakan kapal jenis kapal peronda besar kelas Kakap (PB 57). KRI Tongkol memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh.

KRI Tongkol dibina oleh Lurssen, Vegesack, Jerman dan sebahagiannya oleh P.T. PAL SY, Surabaya. Sebahagian daripada badan kapal dibina di Jerman dan dipasang di Indonesia. KRI Tongkol dilancarkan pada tahun 1989. Kapal lain dalam kelas yang sama adalah KRI Kakap, KRI Kerapu, KRI Tongkol, dan KRI Barakuda.

KRI Tongkol mempunyai 49 orang anak kapal termasuk 8 sementara. KRI Tongkol dilengkapi untuk misi pertempuran kapal ke kapal di permukaan laut "anti-surface warfare".

Kapal KRI Tongkol sepanjang 58.1m; 7.62meter * 2.73meter ( 190.6kaki panjang * 25kaki * 9kaki) mempunyai kelajuan bertempur pada 28.1 knot. KRI Tongkol mempunyai seseran 425 tan penuh.

Rekabentuk kapal membenarkan tatarajahnya ditukar bagi menerima pelbagai sistem persenjataan dan pengesan untuk memenuhi keperluan operasi yang berkembang bagi angkatan tentera Indonesia.

TORPEDO[sunting | sunting sumber]

Tiada maklumat

PELURU BERPANDU[sunting | sunting sumber]

Tiada maklumat

MERIAM[sunting | sunting sumber]

Meriam utama kapal perang KRI Tongkol yang dipasang pada dek hadapan, adalah meriam tunggal 40 mm serta dua mesingan 7.62 mm. Ia menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar.

PENANGKIS "COUNTERMEASURES"[sunting | sunting sumber]

KRI Tongkol mempunyai sistem penangkis pemintas DR200S bagi pertahanan udara terhadap peluru berpandu.

PENGESAN[sunting | sunting sumber]

KRI Tongkol memiliki radar pengesan permukaan yang berupaya memberikan carian radar dan amaran ancaman musuh.

Penerbangan[sunting | sunting sumber]

KRI Tongkol dilengkapi dengan dek penerbangan dan kemudahan hanger di bahagian belakang yang mampu mengendali sebuah helikopter NBO-105.

TUJAHAN[sunting | sunting sumber]

Kapal KRI Tongkol mempunyai dua enjin disel yang menghasilkan 8,260 bhp secara berterusan dengan dua gandar "shaft". Ia mampu beroperasi secara berterusan pada kelajuan 28.1 batu nautikal.

Pegawai pemerintah KRI Tongkol[sunting | sunting sumber]

  1. (19?? - 19??)

Tiada maklumat

Pautan luar[sunting | sunting sumber]