KRI Kalakae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

KRI Kalakae (818) merupakan kapal tentera laut Indonesia jenis bot peronda pantas. KRI Kalakae berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh. KRI Kalakae dibina oleh Kemudahan Pemulihan dan Pembaikian tentera laut Indonesia Fasharkan Makassar.

Kapal peronda ini yang dibina dengan gentian kaca ini ringan dan mampu beroperasi di kawasan air cetek yang tidak mampu dihampiri oleh kapal perang biasa

Kapal lain dalam kelas yang sama adalah KRI Boa, KRI Welang, KRI Suluh Pari, KRI Katon, KRI Sanca, KRI Warakas, KRI Tedong Naga dan KRI Panana.

KRI Kalakae dilengkapkan untuk misi meronda dan dengan kelajuan tinggi ia mampu bertindak sebagai peninjau dalam pertempuran kapal ke kapal di permukaan laut "anti-surface warfare".

Persenjataan[sunting | sunting sumber]

Meriam[sunting | sunting sumber]

KRI Kalakae yang sepanjang 36 meter dilengkapi dengan sepucuk meriam ringan Oerlikon 20 mm/70 yang mampu memuntahkan 250 - 320 biji peluru seminit. Jarak berkesannya adalah sejauh 4.3 kilometer dengan berat peluru 0.1 kilogram.

Meriam Oerlikon 20 mm/70 ini menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar. Selain itu ia merupakan senjata bagi menentang kapal-kapal kecil (terbatas).

Selain itu ia juga dilengkapi dengan 1 - 2 pucuk mesingan 12.7 mm sebagai senjata sampingan.

Pengesan[sunting | sunting sumber]

Tiada maklumat

Tujahan[sunting | sunting sumber]

KRI Kalakae mampu bergerak pada kelajuan 31 knot.