KRI Tedong Naga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

KRI Tedong Naga (819) adalah kapal perang milik tentera laut Indonesia yang dilancarkan pada tahun 2004.

KRI Tedong Naga adalah kapal perang jenis bot peronda pantas yang dibina sendiri di Fasilitas Pemeliharaan dan Perbaikan TNI-AL. KRI Tedong Naga yang sepanjang 36 meter dilengkapi dengan meriam ringan Hispano-Suiza 20 milimeter.

Pelancaran dan penauliahan kapal perang tersebut dilakukan oleh Kepala Staf TNI-AL, Laksamana TNI Bernard K Sondakh di dermaga Komando Lintas Laut Militer TNI-AL, Jakarta.

KRI Tedong Naga (819) merupakan kapal tentera laut Indonesia jenis bot peronda pantas yang sentiasa bersedia mempertahankan negara Indonesia. KRI Tedong Naga memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh. KRI Tedong Naga dibina oleh Kemudahan Pemulihan dan Pembaikian tentera laut Indonesia Fasharkan, Jakarta.

Kapal peronda ini yang dibina dengan gentian kaca ini ringan dan mampu beroperasi di kawasan air cetek yang tidak mampu dihampiri oleh kapal perang biasa

Kapal lain dalam kelas yang sama adalah KRI Boa, KRI Welang, KRI Suluh Pari, KRI Katon, KRI Sanca, KRI Warakas, KRI Tedong Naga, KRI Panana, KRI Kalakae.

KRI Tedong Naga dilengkapkan untuk misi meronda dan dengan kelajuan tinggi ia mampu bertindak sebagai peninjau dalam pertempuran kapal ke kapal di permukaan laut "anti-surface warfare".

TORPEDO[sunting | sunting sumber]

Tiada maklumat

PELURU BERPANDU[sunting | sunting sumber]

Tiada maklumat

MERIAM[sunting | sunting sumber]

KRI Tedung Naga yang sepanjang 36 meter dilengkapi dengan sepucuk meriam ringan meriam Oerlikon 20 mm/70 yang mampu memuntahkan 250 - 320 biji peluru seminit. Jarak berkesannya adalah sejauh 4.3 kilometer dengan berat peluru .1 kilogram.

Meriam Oerlikon 20 mm/70 ini menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar. Selain itu ia merupakan senjata bagi menentang kapal-kapal kecil (terbatas).

Selain itu ia juga dilengkapi dengan 1 - 2 pucuk mesingan 12.7 mm sebagai senjata sampingan.

PENANGKIS "COUNTERMEASURES"[sunting | sunting sumber]

Tiada maklumat

PENGESAN[sunting | sunting sumber]

Tiada maklumat

TUJAHAN[sunting | sunting sumber]

KRI Tedong Naga mampu bergerak pada kelajuan 31 knot.

Pada Jumaat 8 April 2005, kapal KRI Tedung Naga dilapurkan mengesel bahagian hadapan KD Rencong dikawasan pertikaian diperbatasan Laut Sulawesi. Kejadian tersebut berlaku ketika KRI Tedung Naga cuba menghalang KD Rencong daripada menghampiri kerja pembinaan dikawasan tersebut dengan bergerak dibahagian hadapan menyebabkan berlakunya pergeselan sebanyak 3 kali. Bagaimanapun, badan KRI Tedung Naga yang diperbuat daripada fiber glass dikatakan tidak mengalami kerosakan, sebaliknya KD Rencong dilapurkan oleh media Indonesia sebagai kemik sedikit.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]