Kabin bertekanan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kabin bertekanan [1] inggeris: (Cabin pressurization) digunakan dalam penerbangan altitud tinggi melebihi 8,000 kaki dari paras laut untuk mengimbangkan tekanan udara di dalam kabin pesawat untuk keselesaan penumpang dan krew. Tekanan udara dihasilkan oleh enjin pesawat ataupun unit kuasa bantu ( auxiliary power unit - APU) disalurkan ke dalam kabin bagi mengimbangi tekanan dalam kabin. Ianya amat diperlukan apabila penerbangan mencecah 10,000 kaki dari paras laut dan memerlukan lebih banyak tekanan kabin apabila mencapai aras penerbangan (Flight Level) yang lebih tinggi.

Apabila pesawat kehilangan tekanan samada kebocoran saluran tekanan atau kabin, pesawat akan diturunkan dari aras penerbangan oleh jureterbang ke ketinggian yang selamat iaitu 10,000 kaki ke bawah bergantung keadaan bentuk muka bumi. Kehilangan tekanan kabin akan menyebabkan kabin pesawat dalam berkeadaan tekanan udara yang rendah. Tekanan udara rendah menyebabkan krew dan penumpang akan mengalami:

  • Hipoksia (perubatan) - Kandungan atau tegangan oksigen yang rendah di dalam tisu tubuh.
  • mabuk altitud - pening, berat kepala, sakit kepala, hilang ingatan, hilang fikiran, hilang akal, khayal apabila di aras penerbangan.
  • penyakit dekompresi - Gangguan yang dicirikan oleh sakit sendi, lesi kulit,kesukaran bernafas, dan tanda-tanda neurologik, yang dialami oleh juruterbang pada altitud yang tinggi, atau oleh mereka yang bernafas dengan udara termampat.
  • Barotrauma - Gangguan fungsi akibat perbezaan tekanan barometri pada dua permukaan organ.

Tekanan udara juga diperlukan di ruang kargo dalam pesawat untuk haiwan dan mencegah barang yang sensitif terhadap tekanan rendah yang mengakibatkan barangan itu hancur , pecah atau bocor kerana berlaku perbezaan tekanan.

Bukti didalam Al-Quran[sunting | sunting sumber]

  • سُوۡرَةُ الاٴنعَام ١٢٥

فَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ أَن يَهۡدِيَهُ ۥ يَشۡرَحۡ صَدۡرَهُ ۥ لِلۡإِسۡلَـٰمِ‌ۖ وَمَن يُرِدۡ أَن يُضِلَّهُ ۥ يَجۡعَلۡ صَدۡرَهُ ۥ ضَيِّقًا حَرَجً۬ا ڪَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِى ٱلسَّمَآءِ‌ۚ ڪَذَٲلِكَ يَجۡعَلُ ٱللَّهُ ٱلرِّجۡسَ عَلَى ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. 06 Surah Al-Anaam ayat 125.

Sisipan keterangan:[sunting | sunting sumber]
injap alir keluar di Boeing 737-800
  • Pesawat komersial contohnya Boeing 737-800 sebelum berlepas, penyelarasan tekanan kabin dilakukan di bawah paras laut selepas injap alir keluar ditutup. Selepas berlepas dan mendaki ke paras 20,000 kaki , sepanjang semasa pesawat dalam proses mendaki tekanan udara di dalam kabin ditingkatkan dan mencapai tahap seolah-olah berada pada paras tekanan 3,000 kaki. Apabila paras penerbangan mencapai 32,000 kaki, tekanan kabin ditingkatkan seolah-olah kita berada pada ketinggian 5,000 kaki dan berada pada keselesaan biasa. Apabila terbang turun dan mendarat, tekanan kabin dikurangkan di aras biasa tekanan dilepaskan melalui injap alir keluar pesawat dan membolehkan pintu pesawat mudah dibuka.
  • Unit kuasa bantu (auxiliary power unit - APU) Enjin bantuan yang digunakan untuk membekalkan kuasa hidraulik, elektrik, udara nyaman dan lain-lain sebelum enjin utama dihidupkan.

lihat juga :[sunting | sunting sumber]


Ekzos unit kuasa bantu di belakang pesawat Airbus A380.


Templat:Rujukan :Cabin Pressurization



Rujukan :[sunting | sunting sumber]
  • Seymour L. Chapin (1966). "Garrett and Pressurized Flight: A Business Built on Thin Air". Pacific Historical Review. 35: 329–43. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  • Seymour L. Chapin (1971). "Patent Interferences and the History of Technology: A High-flying Example". Technology and Culture. 12 (3): 414–46. doi:10.2307/3102997. JSTOR 3102997. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  • Cornelisse, Diana G. Splended Vision, Unswerving Purpose; Developing Air Power for the United States Air Force During the First Century of Powered Flight. Wright-Patterson Air Force Base, Ohio: U.S. Air Force Publications, 2002. ISBN 0-16-067599-5. pp. 128–129.
  • Portions from the United States Naval Flight Surgeon's Manual Diarkibkan 2004-12-16 di Wayback Machine
  • CNN: 121 Dead in Greek Air Crash
  • "Explosive Decompression" segment of MythBusters episode 10, January 11, 2004

http://www.slideshare.net/sfssolo/presentation-aerodynamic