Kabinet Jerman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kabinet Jerman (Bahasa Jerman: Bundeskabinett atau Bundesregierung) ialah badan eksekutif utama Republik Persekutuan Jerman. Ia terdiri daripada Canselor dan menteri kabinet. Asas-asas penubuhan kabinet serta kaedah pemilihannya dan pelantikkan serta prosedur bagi pemecatannya telah ditetapkan dalam artikel 62 hingga 69 dari Grundgesetz (Undang-Undang Asas).

Berbeza dengan sistem dibawah Republik Weimar, Bundestag hanya boleh memecat Canselor dengan undi tidak percaya (pada masa yang sama memilih seorang Canselor baru) dan hanya boleh memilih untuk memecat Canselor dengan seluruh kabinetnya dan bukan sekadar menteri. Prosedur dan mekanisme ini telah disediakan oleh para pencipta Undang-Undang Asas untuk mengelakkan pemerintahan diktator yang lain dan untuk memastikan tidak ada vakum politik yang tinggal oleh penyingkiran Canselor melalui usul keyakinan dan kegagalan untuk memilih pengganti baru, seperti yang pernah berlaku semasa zaman Weimar dengan Reichstag memecat Canselor tetapi gagal menyetujui pilihanraya yang baru.

Jika Canselor hilang usul keyakinan mudah (tanpa pemilihan Canselor baru oleh Bundestag), ia tidak memaksa beliau berundur dari jawatannya, tetapi membenarkan Canselor, jika beliau mahu berbuat demikian, meminta Presiden Jerman untuk membubarkan Bundestag, mencetuskan pilihanraya mengejut dalam masa 60 hari (ini berlaku pada 1972, 1983 dan 2005), atau meminta Presiden untuk mengisytiharkan darurat perundangan, yang mana membenarkan kabinet menggunakan prosedur perundangan yang mudah, dimana ungang-undang yang dicadangkan oleh kabinet hanya memerlukan persetujuan Bundesrat (hingga kini, ia tidak pernah digunakan). Bagaimanapun Presiden tidak terikat untuk menuruti permintaan Canselor dalam kedua-dua kes.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:German Cabinets Templat:German Federal Ministries