Kabupaten Lebak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kabupaten Lebak
Coat of arms of Lebak.png
Lambang Kabupaten Lebak
Moto: Iman Aman Uman Amin


Locator kabupaten lebak.png
Peta lokasi Kabupaten Lebak
Koordinat: 60 18' - 70 00' LS
1050 25'- 1060 30' BT
Provinsi Banten
Dasar hukum -
Tarikh Perasmian -
Ibu kota Rangkasbitung
Pemerintahan
 - Bupati Hj. Iti Octavia Jayabaya
 - APBD  
 - DAU  
Luas 3,044.72 km²[1]
Populasi
 - Total 1,233,905 orang (2008) [2]
 - Kepadatan 405
Demografi
 - Kod kawasan telefon 0252
Bahagian pentadbiran
 - Kecamatan 28 (2008)
 - Kelurahan 315/5 (2008)
Simbol khas daerah
 - Tapak web http://www.lebakkab.go.id/

Kabupaten Lebak ialah sebuah kabupaten di provinsi Banten, Indonesia. Ibu kotanya adalah Rangkasbitung. Kabupaten ini bersempadan dengan Kabupaten Serang dan Kabupaten Tangerang di utara, provinsi Jawa Barat di timur, Lautan Hindi di selatan, serta Kabupaten Pandeglang di barat.

Kabupaten Lebak terdiri atas 28 kecamatan, yang dibahagi lagi atas 315 desa dan 5 kelurahan. Pusat pemerintahan di Kecamatan Rangkasbitung, yang berada di bahagian utara wilayah kabupaten. Kabupaten ini dilintasi jalur kereta api Jakarta - Merak iaitu di Daerah Operasi I Jakarta. Selain itu, akan terdapat Jalan Tol Serang-Panimbang yang melintasi 5 kecamatan dan terdapat gerbang tol di Kecamatan Rangkasbitung.

Secara geografi wilayah Kabupaten Lebak berada pada 105 25' - 106 30 BT dan 6 18' - 7 00' LS. Bahagian utara kabupaten ini berupa dataran rendah, sedang di bahagian selatan merupakan pergunungan, dengan puncaknya Gunung Halimun di hujung tenggara, yakni di perbatasan dengan Kabupaten Bogor dan Kabupaten Sukabumi. Sungai Ciujung mengalir ke arah utara, merupakan sungai terpanjang di Banten.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Letak Geografis dan Luas Wilayah Tapak Rasmi Pemerintah Kabupaten Lebak
  2. ^ Kependudukan Tapak Rasmi Pemerintah Kabupaten Lebak