Kajal Aggarwal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kajal Aggarwal
KajalAggarwal.jpg
Kajal Aggarwal semasa Ogos 2013
Kelahiran (1985-06-19) 19 Jun 1985 (umur 34)[1]
Mumbai, Maharashtra, India[2]
KediamanMumbai, Maharashtra, India
PendidikanB.M.M.[3]
Pusat pendidikanK.C. College
PekerjaanModel, Perlakon
Tahun aktif2004–kini
Saudara

Kajal Aggarwal (lahir 19 Jun 1985) adalah seorang pelakon India yang kebanyakannya muncul dalam filem Telugu dan juga dalam filem Tamil. Melalui kerjaya filem yang berjaya , Kajal telah menjadi salah satu selebriti yang paling popular di India Selatan. Selain kerjaya lakonannya, Kajal juga mengambil bahagian dalam pertunjukan pentas dan merupakan duta selebriti terkenal bagi jenama dan produk.

Kajal membuat debut sebagai pelakon menerusi filem Bollywood, 'Kyun ...! Ho Gaya Na' pada tahun 2004 dan memasuki industri perfilem Telugu pada tahun 2007 menerusi filem 'Lakshmi Kalyanam'.Beliau mendapat kejayaan komersial pertama menurusi filem Chandamama (2007) dan menjadi terkenal selepas prestasi lakonan beliau dalam filem 'Magadheera' (2009), yang membolehkan beliau dicalonkan dalam Anugerah Filemfare India Selatan bagi Pelakon Wanita terbaik dalam Industri perfileman Telugu. Berikutan kejayaan berturutan dalam filem-filem seperti Darling (2010), Brindavanam (2010), Mr.Perfect (2011), Businessman (2012), Naayak (2013) dan Baadshah (2013) telah memabantu menubuhkan dirinya sebagai salah satu pelakon utama dalam industri perfileman Telugu.

Beliau juga telah berlakon dalam filem-filem Tamil. Naan Mahaan Alla (2010) menjadi projek terkemuka pertamanya dalam Industri perfileman Tamil.Namun, Kajal muncul sebagai slaah satu pelakon terkemuka dalam industri Perfileman Tamil melalui filem Maattrraan (2012) dan Thuppakki (2012).Beliau membuat kemunculan semula di Bollywood menurusi filem blockbuster, Singham (2011) dan filem berikutnya Special 26 (2013) juga diisytiharkan sebagai kejayaan pecah panggung.

Kehidupan Awal[sunting | sunting sumber]

Kajal dilahirkan di Mumbai kepada Vinay Aggarwal, seorang usahawan, dan Suman Agarwal, penjual Manisan. Adik perempuanya, Nisha Agarwal, yang juga seorang pelakon yang berlakon dalam industri perfileman Tamil dan Telugu. Beliau belajar di Sekolah Tinggi St Anne, Colaba, Mumbai dan Jai Hind College, Mumbai. Beliau graduan dari K.C. College, Mumbai dengan ijazah dalam Media Massa. Beliau memulakan kerjayanya sebagai model semasa masih di bangku kolej.Beliau bercadang untuk mengikuti kursus MBA dalam Pengurusan Jenama sebelum membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya dalam lakonan.

Kerjaya Filem[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal (2004-08)[sunting | sunting sumber]

Kajal membuat debut lakonannya dalam filem Bollywood 2004, Kyun ...! Ho Gaya Na, di mana dia memainkan watak sampingan sebagai kawan Diya. Kemudian, beliau dipilih untuk memainkan watak utama dalam filem tamil, Bommalattam, arahan pengarah veteran Bharathiraja. Tetapi, filem ini tergendala selama 4 tahun dan akhirnya masuk panggung pada pertengahan tahun 2008. Dia membuat debut beliau dalam industri filem Telugu sebagai pelakon utama dalam filem 'Lakshmi Kalyanam. Kemudian pada tahun yang sama, Kajal muncul dalam Chandamama arahan Kroshna Vamsi, yang dibuka kepada ulasan yang positif dan menjadi filem pertama yang berjaya bagi Kajal. Pada tahun 2008, filem tamil pertama Kajal masuk panggung iaitu filem, Pazhani. Selain itu , Kajal juga berlakon dalam dua lagi filem Tamil iaitu filem komedi-thriller arahan Venkat Prabhu, Saroja dan filem Bommalattam. walaupun filem-filem tamil ini menjadi komersial dan kejayaan kritikal, ia gagal untuk meningkatkan kerjaya Kajal.

Magadheera dan kemasyhuran dalam Industri Perfileman Telugu (2009-11)[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2009, Kajal berlakon dalam 4 buah filem. Iaitu filem Modhi Vilayadu (Tamil), Magadheera (Telugu), Ganesh Just Ganesh (Telugu) dan Arya 2 (Telugu). Filem Modhi Vilayadu mendapat ulasan barcampur-campur dari pengkritik dan gagal dari segi kewangan.

Kajal kemudian berlakon dalam filem Cereka Sejerah, Magadheera. Filem ini merupakan filem paling termahal yang pernah dhasilkan dalam sejarah Industri Telugu pada masa itu. Dalam filem ini, beliau berlakon bersama Ram Charan Teja, yang menyaksikan beliau memainkan peranan berganda buat kali pertama.Filem yang diarahkan oleh SS Rajamouli, menerima pujian kritis sejagat, manakala Kajal, terutamanya, telah dipuji untuk lakonan beliau sebagai seorang puteri dalam filem ini. Kajal telah dicalonkan untuk Anugerah Filmfare India Selatan bagi Pelakon Wanita Terbaik dalam filem Telugu dan beliau juga dicalonkan untuk Anugerah South Scope bagi perlakon wanita terbaik dari filem India Selatan untuk prestasi beliau sebagai dalam filem itu. Filem ini juga sangat komersial dan berjaya memecah beberapa rekod seperti muncul filem tertinggi grossing sepanjang zaman bagi Industri Perfileman Telugu. Kerjayaan dan lakonan Kajal dalam filem Magadheera melonjatkan beliau menjadi salah satu perlakon terkemuka dalam industri perfileman Telugu.Filem ini dikeluarkan sekali lagi dalam bahasa Tamil sebagai Maaveeran pada tahun 2011 dan juga berjaya memecah kutipan Box Office. Filem berikutnya Ganesh just Ganesh dan Arya 2 menerima ulasan bercampur-campur dari pengkritik, manakala prestasi beliau mendapat maklum balas positif.

Aggarwal dalam filem Naan Mahaan Alla

Keluaran pertama Kajal pada tahun 2010 adalah filem Komedi romantis,'Darling' mendapat sambutan yang menggalakkan dan menjadi kejayaan komersial di box office. Kemudian pada tahun itu juga, Kajal muncul dalam filem thriller Tamil, Naan Mahaan Alla,yang berdasarkan pada kejadian kehidupan sebenar dan mendapat ulasan positif. Filem ini merupakan satu kejayaan box office. Keserasian antara Karthi dan Kajal dalam filem itu telah dipuji secara meluas. Kajal juga berlakon dalam filem Brindavanam.Filem ini juga dilakoni Jr NTR dan Samantha .

Pada tahun 2011, Kajal melakukan kemunculan semula dalm Bolloywood melalui filem Singham. Filem ini merupakan remake filem Tamil yang terkenal, Singam. Kajal juga berlakon dalam 3 filem berbahasa telugu iaitu Mr. Perfect, veera dan Dhadaa. Walaupun filem Mr.Perfect mendapat kejayaan yang besar dalam box-office, 2 filem lain iaitu Veera dan Dhadaa gagal.

Maattrraan,Thuppakki dan kemasyhuran di India Selatan (2012-kini)[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2012, Kajal berlakon dalam 2 filem Blockbuster tamil yang juga dilakoni oleh bintang besar dalam industri perfileman Tamil iaitu Maattrraan dan Thuppakki. Filem Maattrraan dibintangi oleh Surya manakala filem Thuppaki dibintangi oleh Vijay. Kedua-dua filem ini merupakan antara filem yang mendapat kutipan Box office yang paling tertinggi bagi tahun tersebut dan diiktraf Blockbuster. Kajal juga berlakon dalam filem Blockbuster Telugu, Bussinessman. Namun, filem Sarocharu lakonanya gagal mendapat sambutan yang baik. Hampir kesemua filem lakonan Kajal pada tahun 2013 menjadi blockbuster kecuali filem Tamil, All in All Azhagu Raja yang ditayangkan semasa Deepavali 2014. Naayak dan Badshah merupakan filem telungu lakonanya dan Kajal juga berlakon dalam Filem Bollywood,Special 26.

Duta Jenama[sunting | sunting sumber]

Kajal menjadi duta bagi jenama-jenama tersebut :

  • Liga Kriket Selebriti - liga kriket lelaki bukan profesional di India, dipertandingkan oleh Lapan pasukan yang terdiri daripada pelakon filem dari Lapan industri filem utama serantau pawagam India.
  • Lux
  • RS Brothers
  • Sri Lakshmi Jewellery
  • AVR
  • Bru Cofee
  • Samsung Mobile
  • The Chennai Shopping Mall
  • Panasonic India
  • Dabur India
  • Cavin Kare

Filmography[sunting | sunting sumber]

Filem Tamil[sunting | sunting sumber]

Tahun Filem Watak Genre Nota
2008 Pazhani Deepti Massala
2008 Saroja Pooja Thriller Komedi
2008 Bommalattam Anitha Aksi
2009 Modhi Vilayadu Easwari Lakshmiram Aksi Romantik
2010 Naan Mahaan Alla Priya Sudharsan Thriller-Drama
2012 Maattrraan Anjali Fiksyen sains
2012 Thuppakki Nisha Aksi Anugerah CineMAA untuk Pelakon Wanite Terbaik (Tamil)
2013 All in All Azhagu Raja Chitra Devi Priya Komedi Romantis
2014 Jilla Shanthi Aksi
2015 Maari Sridevi Drama Komedi
2015 Paayum Puli Sowmya Aksi
2016 Brahmotsavam Drama Belum Ditayangkan
2016 Kavalai Vendam Komedi Belum Ditayangkan

Filem Telugu[sunting | sunting sumber]

Tahun Filem Watak Genre Nota
2007 Lakshmi Kalyanam Lakshmi Aksi
2007 Chandamama Mahalakshmi Komedi
2008 Pourudu Samyukhta Aksi
2008 Aatadista Sunnanda Aksi
2009 Magadheera Yuvarani Mithravindha Devi
Indira (Indu)
cereka sejerah
2009 Ganesh Just Ganesh Divya Komedi
2009 Arya 2 Geethanjali Romantik Komedi
2010 Om Shanti Meghana Drama
2010 Darling Nandini Drama
2010 Brindaavanam Bhoomi Komedi Romantis Anugerah CineMAA untuk Pelakon Wanite Terbaik(Telugu)
2011 Mr. Perfect Priya Komedi
2011 Veera Chitti Masala
2011 Dhada Rhea Aksi Romantis
2012 Businessman Chitra Film kejahatan
2012 Sarocharu Sandhya Komedi Romantis
2013 Naayak Madhu Komedi Aksi
2013 Baadshah Janaki Aksi Komedi
2014 Yevadu Deepthi Aksi Penampilan Khas
2014 Govindudu Andarivadele Satya Drama Keluarga
2015 Temper Shanvi Aksi
2015 Size Zero Komedi Romantis Penampilan Khas
2016 Sardaar Gabbar Singh Aksi

Filem Hindi(Bollywood)[sunting | sunting sumber]

Tahun Filem Watak Genre Nota
2004 Kyun! Ho Gaya Na. Adik kepada Diya Romantik Watak Sampingan
2011 Singham Kavya Bhosle Massala
2013 Special 26 Priya Chauhan Filem Heist
2016 Do Lafzon Ki Kahani Belum Ditayangkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kajal Agarwal takes a break on her birthday". Times of India. 19 June 2012. Dicapai 31 August 2012. 
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan kajalbirth tidak disediakan
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan kajaledu tidak disediakan