Kallisthenes
Kallisthenes dari Olynthus (Bahasa Yunani Kuno: Καλλισθένης ; c. 360-328 SM) ialah seorang ahli sejarah Yunani. Beliau merupakan anak kepada Hero (anak saudara Aristotle) dan Proxenus dari Atarneus, oleh itu beliau merupakan cucu saudara Aristotle menerusi kakaknya, Arimneste. Kallisthenes mula-mula bertemu dengan Aristotle sewaktu Aristotle mendidik Iskandar Agung. Berkat pengaruh datuk saudaranya, Kallisthenes kemudiannya dilantik untuk mengiringi Iskandar Agung dalam ekspedisi ke Asia selaku pakar sejarah.
Ekspedisi Asia
[sunting | sunting sumber]Pada tahun-tahun terawal kempen Iskandar di Asia, Kallisthenes memuji-muji penakluk asal Makedon itu, tetapi setelah Iskandar dan tenteranya mendalami Asia, pendirian Kallisthenes mulai berubah, yang mana beliau mula membidas penerimaan adat Parsi oleh Iskandar, terutama sekali mencemuh hasrat meninggi Iskandar agar mereka yang hendak menghadap baginda harus melakukan upacara meniarap yang keterlaluan. Kallisthenes kemudiannya dituduh terlibat dalam konspirasi khianat lalu dipenjarakan, di mana beliau mati akibat seksaan atau uzur. Kematian beliau diperingati dalam karya istimewa (Kallisthenes atau Karya Kehibaan) oleh sahabatnya Theofrastus yang berkenalan dengan beliau sewaktu lawatan ke Athens.
Kallisthenes mencatatkan ekspedisi Iskandar hinggalah saat beliau dihukum mati, iaitu sejarah Yunani mulai Kedamaian Antalcidas (387) hingga perang Fokida (357), tetapi semuanya sudah lenyap. Namun, catatan ekspedisi Iskandar oleh beliau ini dipelihara cukup lama untuk digali sebagai sumber yang langsung atau tidak langsung buat catatan-catatan sejarah lain yang masih ada. Polybius membidas Kallisthenes kerana tidak mencatatkan peperangan Iskandar dengan teliti.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Polybius, XII.17 "Polybius mengajukan satu bab penuh kepada Kallisthenes dalam buku abad ke-12 beliau yang bertajuk "Tentang Kurangnya Pengalaman Callisthenes Berkenaan Persiapan Tindakan Perang"
Sumber primer
[sunting | sunting sumber]- Suda s.v.
- Diog. Laertius v. 1;
- Arrian, Anab. iv. 10-14;
- Quintus Curtius viii. 5-8;
- Plutarch, Alexander, 52-55;
Sumber sekunder
[sunting | sunting sumber]- J. Zacher, Pseudo-Callisthenes (1867);
- W. Christ, Geschichte der griechischen Litteratur (1898), pp. 363, 19;
- Edward MeyerTemplat:Disambiguation needed, article in Ersch and Gruber's Allgemeine Encyklopädie;
- A. Ausfeld, Zur Kritik des griechischen Alexanderromans (Bruchsal, 1894);
- A. Westermann, De Callisthene Olynthio et Pseudo-Callisthene Commentatio (1838–1842);
- domain awam: Chisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Missing or empty
|title=
(bantuan) Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Yunani Purba (sehingga 1453)
- Rencana Wikipedia yang menggabungkan petikan dari Ensiklopedia Britannica tahun 1911 tanpa parameter article
- Rencana Wikipedia yang menggabungkan teks dari Encyclopædia Britannica tahun 1911
- Kelahiran 360 SM
- Kematian 328 SM
- Ahli sejarah Yunani purba