Kampung Penan Muslim Batu 10

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Penan Muslim Batu 10
Perkampungan
Negara Malaysia
WilayahSarawak
DaerahBintulu
Diasaskan1968
Pentadbiran
 • PenghuluRaini Piee
Penduduk
1,050 orang dengan 374 buah rumah
Poskod
97000

Kampung Penan Muslim Batu 10 ialah sebuah perkampungan di Bintulu, Sarawak yang dihuni oleh masyarakat Penan Muslim. Nama asal kampung ini ialah Kampung Batu 10, memandangkan Ia terletak 10 batu (kira-kira 16 kilometer) daripada Bandar Bintulu.[1] Ia diasaskan pada tahun 1968 bermula dengan hanya tiga buah keluarga.[2] Ia telah ditukar nama kepada Kampung Penan Muslim Batu 10 selepas Encik Piee bin Miring, salah seorang penduduk awal kampung dilantik sebagai Ketua Kaum pada 1990.[1]

Sehingga 2023, kampung ini telah mempunyai 374 buah rumah dengan 1,050 orang penduduk.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Sejarah". PEDI Kg Penan Muslim. Dicapai pada 10 September 2023.
  2. ^ a b "Kampung Penan Muslim menjunjung kasih, terharu dengan kunjungan Agong". Astro Awani. 10 September 2023. Dicapai pada 2023-09-10.