Kampung Seri Mantau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kampung Seri Mantau merupakan sebuah kawasan perkampungan tradisional Melayu yang terletak bersebelahan Kg Batu 3, Mambau.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Menurut sejarah lisan, kawasan Kampung Seri Mantau ini telah dibuka akhir kurun ke-19 dahulu. Ia dibuka lebih awal daripada Kampung Batu 3 kerana dipercayai Kampung Seri Mantau menjadi tempat persinggahan para pedagang yang melalui Sungai Linggi yang ketika itu merupakan laluan perdagangan utama antara Melaka melalui Kuala Linggi ke Sungai Ujong (Seremban kini). Ini dapat dibuktikan dengan kewujudan sebuah makam lama yang terdapat di sebuah bukit dalam Kampung Seri Mantau yang dianggarkan berusia lebih daripada 300 tahun.[perlu rujukan] Penduduk Kampung Seri Mantau menggelar makam tersebut sebagai Makam Nenek Janggut Siti Mariam, yang dikisahkan sebagai seorang penguasa di sekitar kawasan Mambau kemungkinan ketika itu tidak disebut Mambau dikenali sebagai Kawasan Anak Air Garam. Kisah ini pernah ditulis dan diterbitkan dalam Majalah Jejak pada tahun 2001.

Penduduk asal Kampung Seri Mantau berasal dari Rembau dan Labu. Sehingga kini hubungan kekeluargaan penduduk Kampung Seri Mantau cukup rapat antara saudara-mara mereka yang berada di Labu dan Rembau. Gelombang perpindahan itu dipercayai berlaku sekitar akhir kurun ke-18 dahulu.

Kawasan asal Kampung Seri Mantau yang turut dipanggil 'Dalam' dahulunya mempunyai jelapang padi yang luas dalam lembangan Sungai Mantau. Namun kini, kawasan sawah padi tersebut telah ditambak kesan pembangunan di hulu (kini digelar sebagai Seremban 2).

Kawasan Kampung Seri Mantau kini meliputi kawasan asal (Dalam) dan sebahagian kawasan baru yang dipanggil Kg Batu 3 Mantau.

Tokoh[sunting | sunting sumber]

Antara tokoh penting yang datang dari Kampung Seri Mantau adalah Allahyarham Idris Bin Pakeh, yang berasal dari perut Biduanda. Asalnya dari Labu. Beliau pernah menjawat jawatan Datuk Syahbandar Sungai Ujong namun menolaknya. Menurut waris beliau, Allahyarham Idris Bin Pakeh (juga dipanggil Tok Deris) tetap menerima elaun Datuk Syahbandar Sungai Ujong yang dibayar oleh Kerajaan British yang mentadbir Negeri Sembilan ketika itu. Keturunan beliau masih lagi menetap di Kampung Seri Mantau.

Kampung Seri Mantau juga turut melahirkan seorang bakat seni iaitu saudara Adong yang pernah memenangi program bakat Sinaran, TV3 bersama kumpulannya iaitu Pontianak.