Mambau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Mambau merupakan sebuah pekan yang terletak di dalam Negeri Sembilan, Malaysia. Ia terletak 15 kilometer dari Bandar Seremban. Pekan ini terletak berhampiran tebing Sungai Linggi yang menjadi laluan utama perdagangan abad ke-15 dan laluan penting perdagangan bijih timah sekitar abad ke-18. Mambau menjadi hentian penting bagi laluan jalan keretapi Seremban-Port Dickson.

Kawasan Mambau kini meliputi Pekan Mambau, Kg Baru Mambau, Kg Mambau,Rumah Murah Mambau, Rumah Rakyat Mambau, Taman Kelab Tuanku, Taman Angsamas, Mambau Garden, Mambau Heights, Kg Bemban, Kg Latak, Kg Kayu Ara, Kg Batu 3, Kg Seri Mantau dan Anak Air Garam.

Penduduk Mambau majoritinya didiami oleh kaum Cina khususnya di kawasan Pekan Mambau, Kg Baru Mambau, Mambau Garden dan Mambau Heights. Ada sejarah lisan menyebut bahawa perkataan Mambau diperolehi daripada sebutan Mandarin.

Jalan Seremban-Port Dickson menjadi jalan utama yang menghubungkan Mambau dengan Port Dickson dan Seremban. Mambau turut dihubungkan dengan Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) yang telah dibuka secara rasmi pada tahun 1997.

Mambau juga mempunyai institusi pendidikan seperti Sekolah Menengah Mambau, Sekolah Kebangsaan Mambau dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Mambau.

Pekan Mambau mempunyai banyak perniagaan membaiki dan menjual motosikal diikuti dengan perniagaan kedai runcit. Terdapat juga perniagaan restoran makanan Cina dan warung-warung makan Melayu & India di hadapan jalan masuk ke Kg Baru Mambau. Antara kedai makan yang terkenal di Mambau ialah Kedai Nasi Lemak Mambau.

Wakil rakyat atau ADUN bagi kawasan Mambau adalah Saudari Wong May May (DAP).

Individu terkenal yang berasal dari Mambau adalah pelakon dan pelawak, (Nabil).