Kamus Sejarah Switzerland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tiga jilid bercetak pertama dalam bahasa Jerman, Perancis dan Itali

Kamus Sejarah Switzerland (قاموس سجارە سويتزيرلند) ialah sebuah ensiklopedia mengenai sejarah Switzerland yang bertujuan untuk membawa kajian hasil sejarah moden dengan cara yang boleh dicapai kepada khalayak yang lebih meluas

Ensiklopedia diterbitkan oleh yayasan di bawah naungan Akademi Kemanusiaan dan Sains Sosial Swiss (SAGW/ASSH), Persatuan Sejarah Swiss (SGG-SHH) dan dibiayai oleh geran penyelidikan negara. Selain daripada 35 orang kakitangan di pejabat pusat, penyumbang ensiklopedia ini termasuklah 100 penasihat akademik, 2500 sejarawan dan 100 penterjemah.

Edisi cetakan[sunting | sunting sumber]

Contoh satu halaman (versi bahasa Perancis, jilid 3, halaman 506)

Ensiklopedia tersebut telah disunting secara serentak dalam tiga bahasa kebangsaan Switzerland: bahasa Jerman (Historisches Lexikon der Schweiz, HLS), Perancis (Dictionnaire Historique de la Suisse, DHS) dan Itali (Dizionario Storico della Svizzera, DSS). Jilid terakhir telah diterbitkan pada 2014.

36,000 judul dikumpulkan dalam:

  1. Biografi (35%)
  2. Rencana mmengenai keluarga dan salasilah (10%)
  3. Rencana tentang tempat-tempat (perbandaran, kanton, negeri lain, kubu, signories, biara, tapak kaji purba) (30%)
  4. Rencana bersubjek (fenomena dan istilah bersejarah, institusi, peristiwa) (25%)

Edisi dalam talian[sunting | sunting sumber]

Edisi dalam talian telah tersedia sejak 1998. Ia boleh dicapai secara percuma dengan kesemua rencana sedia untuk dicetak tetapi tiada ilustrasi. Ia juga menyenaraikan kesemua 36,000 topik yang telah dirangkumkan.

Lexicon Istoric Retic[sunting | sunting sumber]

Lexicon Istoric Retic (LIR) merupakan dua edisi jilid dengan pilihan rencana yang diterbitkan dalam bahasa Romansh. Ia termasuklah rencana yang tiada dalam bahasa-bahasa lain. Jilid pertama diterbitkan pada tahun 2010 dan yang kedua pada tahun 2012. Versi dalam talian juga tersedia.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]