Kanashiki Amefuri / Adam to Eve no Dilemma (悲しき雨降り/アダムとイブのジレンマ) merupakan album single major ke-22 dari kumpulan Hello! Project, °C-ute. Album single ini dipasarkan pada 10 Julai2013 dibawah label zetima dalam enam edisi iaitu edisi terhad A (EPCE-5958~9), edisi terhad B (EPCE-5960~1), edisi terhad C (EPCE-5962~3), edisi terhad D (EPCE-5964), edisi biasa A (EPCE-5965) dan edisi biasa B (EPCE-5966). Edisi terhad A, B dan C terdapat bonus DVD.
Album single ini diumumkan semasa konsert Hello! Project Yaon Premium Live ~Soto Fest~.
Ini merupakan album single C-ute yang pertama yang menampilkan dua lagu A-side.
Album single ini terjual sebanyak 40,059 keping CD dalam masa sehari, menjadikan ia sebagai kutipan album single C-ute hari pertama yang paling tertinggi.
Album single ini juga terjual sebanyak 60,592 keping CD dalam masa seminggu, menjadikan ia sebagai kutipan album single C-ute minggu pertama yang paling tertinggi.