Kang Nam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kapal kargo Kang Nam milik negara Korea Utara.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Jun 2009, kapal kargo Kang Nam menuju ke pelabuhan Thilawa di Myanmar dan ia dikatakan membawa senjata berteknologi rendah tetapi masih berbahaya serta senjata konvensional yang lain. Kapal ini mengibarkan bendera Korea Utara bergerak perlahan-lahan melalui perairan Asia Timur dan Selat Melaka tetapi kemungkinan tidak menimbulkan sebarang ketegangan antarabangsa. Selat Melaka adalah laluan antarabangsa dan sesiapapun bebas melaluinya.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Datuk Mohd Amdan Kurish menyatakan APMM akan memantau kedudukan kapal tersebut.

Pemantauan ini ekoran Korea Utara telah menjalankan ujian nuklear bawah tanah dan dikatakan mempunyai roket yang boleh sampai hingga ke Alaska, di benua Amerika utara. Amerika Syarikat dan PBB mengenakan sekatan ekonomi bagi mengekang senjata nuklear Korea Utara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]