Kanselor Austria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kanselor Persekutuan
Republik Austria
Bundeskanzler der Republik Österreich
Bundeskanzleramt (Österreich) logo.svg
Flag of Austria (state).svg
2020 Karl Nehammer Ministerrat am 8.1.2020 (49351572787) (cropped).jpg
Penyandang
Karl Nehammer
sejak 6 December 2021
GelaranTuan Yang Terutama
Ahli kepadaPemerintah persekutuan
Majlis Eropah
KediamanBallhausplatz 2
PusatVienna, Austria
PelantikPresiden Persekutuan Republik Austria
Tempoh jawatanTiada penggal yang tetap
PeloporMenteri-Presiden Cisleithania
PembentukanRepublik Austria Pertama
10 November 1920
Pemegang pertamaKarl Renner,
sebagai Canselor Negeri
30 Oktober 1918
TimbalanNaib Canselor Austria
Laman sesawangbundeskanzler.at

Kanselor Persekutuan Republik Austria (Bahasa Jerman: Bundeskanzler der Republik Österreich, kadang-kala disingkatkan sebagai Kanzler) ialah ketua pemerintah bagi Republik Austria. Kanselor Austria mempengerusikan dan memimpin kabinet yang terdiri daripada kanselor, naib kanselor dan menteri-menteri. Kabinet ini membentuk cabang eksekutif negara bersama-sama presiden yang menjadi ketua negara. Walaupun secara rasminya sebagai ahli yang setara di dalam kabinet, jawatan kanselor dianggap sebagai kedudukan paling berkuasa dalam politik Austria, dan oleh itu adalah dianggap ketua eksekutif de facto negara.

Karl Nehammer dari Parti Rakyat Austria mengambil alih kerusi jawatan ini pada 6 Disember 2021 berikutan peletakan jawatan Sebastian Kurz dan Alexander Schallenberg yang seperjuangan berturut-turut. Sebelum ini juga berlakunya tempoh interim di mana Brigitte Bierlein menjadi wanita pertama memegang kerusi tersebut dari Jun 2019 hingga Januari 2020.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Austria's first female chancellor to lead interim government". www.thelocal.at (dalam bahasa Inggeris). 31 May 2019. Dicapai pada 26 November 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]