Kap Prusia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kap Prusia
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. gibelio
Nama binomial
Carassius gibelio
(Bloch, 1782)

Kap Prusia, Kap Prusia Perak atau Kap Gibel (Carassius gibelio, kadang kala Carassius gibelio gibelio dan, sebelum tahun 2003, Carassius auratus gibelio), adalah satu anggota dalam keluarga Cyprinidae, yang mana juga terdiri dari banyak lagi ikan-ikan lain seperti kap biasa, dan minnow yang lebih kecil. Kap Prusia adalah sejenis cyprinid bersaiz sederhana, dan beratnya tidak melebihi 6.6 paun (3 kg) dan panjang 45 sm. Meskipun banyak variasi warna wujud, ia biasanya ia berwarna perak. Kap Prusia adalah sejenis omnivor dan memakan plankton, invertebrata, pokok dan detritus. Ia dipercayai berasal dari Asia (Siberia), dan kini mendiami tasik, kolam dan sungai yang mengalir perlahan di seluruh Eropah dan Asia.[1][2][3][4][5]

Ikan Emas[sunting | sunting sumber]

Meskipun beberapa sumber mendakwa bahawa kap Krusia (Carassius carassius) adalah versi liar bagi ikan emas (Carassius auratus), penyelidikan terkini mendapati bahwa bentuk liar ikan emas sebenarnya adalah kap Prusia (Carassius gibelio, atau kadang kala C. auratus gibelio, dengan gibelio dikenalpasti sebagai subspesies dari C. auratus). Meskipun memiliki hubungan rapat dan seringkali terkeliru, kedua-dua ikan ini adalah dua spesies yang berbeza dan boleh dikenalpasti dengan ciri-ciri berikut: [perlu rujukan]

  • C. auratus memiliki muncung yang lebih tirus, sementara muncung C. carassius adalah bulat.
  • Bentuk liar bagi ikan emas (C. gibelio) seringkali memiliki warna kelabu/kehijauan, sementara kap Krusia selalunya perang keemasan.
  • Anak kap Krusia (dan tench) mempunyai titik hitam pada pangkal ekor yang mana akan hilang bila besar. Pada C. auratus, titik pada ekor ini tidak pernah wujud.
  • C. auratus memiliki kurang dari 31 sisik di sepanjang garis lateral, sementara kap Krusia memiliki 33 atau lebih sisik.

Ikan emas pada asalnya dibiakkan dari kap Prusia ternak di China lebih dari 1,000 tahun dahulu, apabila ia dibiakkan untuk warnanya di kolam hiasan dan taman air.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.fishbase.org/summary/Speciessummary.php?id=6376
  2. ^ "Data Use Agreement - GBIF Portal". Data.gbif.org. 2007-02-22. Dicapai pada 2010-07-29.
  3. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-08-12. Dicapai pada 2012-04-12.
  4. ^ "Nobel International Journals" (PDF). Nobelonline.net. 2010-01-01. Dicapai pada 2010-07-29.[pautan mati kekal]
  5. ^ "Journal Article". SpringerLink. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-01. Dicapai pada 2010-07-29.