Lada benggala

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kapsikum)
Lada benggala
Lada benggala merah, kuning dan hijau
SpesiesCapsicum annuum
Kepedasan Ringan
Skala Scoville0 SHU

Lada benggala (Jawi: لادا بڠڬالا) atau kapsikum (dari bahasa Latin: capsicum)[1] ialah kumpulan kultivar spesies Capsicum annuum.[2] Kultivar ini menghasilkan buah pelbagai warna termasuk merah, kuning, jingga, hijau, putih, dan ungu. Lada benggala kadangkala dikelompokkan dengan jenis lada yang kurang pedas sebagai "lada manis".

Lada ini berasal dari Mexico, Amerika Tengah, dan bahagian utara Amerika Selatan. Benih lada diimport ke Sepanyol pada 1493, dan dari sana, tersebar ke Eropah dan Asia. Kultivar lada lembut dibentuk pada tahun 1920-an, di Szeged, Hungary.[3]

Keadaan yang sesuai untuk menanam lada benggala termasuk tanah yang hangat, lembap dalam pelbagai suhu 21 hingga 29 °C (70 hingga 84 °F).[4]

Morfologi[sunting | sunting sumber]

Lada benggala ialah sejenis tumbuhan herba setahun yang batang pokoknya mempunyai dahan-dahan yang padat. Tingginya pokok ini antara 0.5–1.5 meter (20–60 inci). Bunga-bunganya yang tunggal dan berwarna putih menghasilkan buah-buah yang hijau ketika mentah, tetapi biasanya berwarna merah ketika masak. Bagaimanapun, terdapat sebilangan kelainan yang berwarna perang atau ungu ketika masak. Sedangkan spesies ini dapat tahan dengan kebanyakan iklim, pokok ini khususnya amat produktif di kawasan beriklim panas dan kering.

Pengeluaran[sunting | sunting sumber]

China ialah pengeluar lada benggala terbesar di dunia, diikuti oleh Mexico, Turkey, Indonesia, dan Amerika Syarikat.[5]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Wikibooks
Wikibooks
Buku resipi Wikibuku mempunyai resipi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bell and chile peppers" (PDF). US Western Institute for Food Safety and Security. 2014. Dicapai pada 11 Mac 2018.
  2. ^ "Capsicum annuum (bell pepper)". CABI. 28 November 2017. Dicapai pada 15 Mac 2018.
  3. ^ Sasvari, Joanne (2005). Paprika: A Spicy Memoir from Hungary. Toronto, ON: CanWest Books. m/s. 202. ISBN 9781897229057. Dicapai pada 20 Oktober 2016.
  4. ^ "Growing Peppers: The Important Facts". GardenersGardening.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 January 2013. Dicapai pada 10 January 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ "Bell and chile peppers" (PDF). US Western Institute for Food Safety and Security. 2014. Dicapai pada 11 Mac 2018.

Templat:Capsicum Cultivars