Kardiomiopati boxer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kardiomiopati boxer (juga dikenali sebagai "kardiomiopati ventrikel kanan aritmogenik boxer") ialah satu penyakit miokardium yang terutamanya menjejaskan boxer. Penyakit ini bercirikan perkembangan takiaritmia ventrikel, menyebabkan sinkope dan kematian jantung tiba-tiba. Kegagalan miokardium dan kegagalan jantung kongestif ialah manifestasi tidak kerap bagi penyakit ini.[1]

Gambaran[sunting | sunting sumber]

Kardiomiopati boxer mengongsi keserupaan menonjol dengan penyakit miokardium manusia yang dipanggil kardiomiopati ventrikel kanan aritmogenik (ARVC).[1] Dalam histopatologi, penyakit ini bercirikan penggantian progresif miokardium ventrikel (terutamanya miokardium ventrikel kanan) dengan tisu lemak atau tisu serat lemak.[2] Secara klinikal, penyakit ini bercirikan perkembangan takiaritmia ventrikel, termasuk takikardia ventrikel dan pemfibrilan ventrikel. Anjing terjejas berisiko untuk sinkope dan kematian jantung tiba-tiba.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Basso C, Fox PR, Meurs KM, et al. Arrhythmogenic right ventricular cardiomyopathy causing sudden cardiac death in Boxer dogs: A new animal model of human disease. Circulation 2004;109:1180–1185
  2. ^ a b Meurs KM. Boxer dog cardiomyopathy: An update. Vet Clin North Am Small Anim Pract 2004;34:1235–1244.