Boxer (anjing)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Boxer
Boxer perang muda biasa, ekor dan telinga tidak terpotong
Nama lainBoxer Jerman
Negara asalJerman
Trait
Berat Jantan 66–70 lb (30–32 kg)[1]
Betina 55–60 lb (25–27 kg)
Tinggi Jantan 23–25 in (58–64 cm)[2]
Betina 21.5–23.5 in (55–60 cm)
Bulu Pendek, berkilat, halus, berdekat-dekatan
Warna Perang muda atau brindle, topeng hitam, dengan atau tanpa tanda putih, dan putih
Saiz perinduk Purata 6–8 ekor
Jangka hayat Purata 9–10 tahun[3]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Boxer atau boxer Jerman (Jerman: deutscher Boxer; bahasa Inggeris: German boxer) ialah satu baka anjing pendek gempal, bersaiz sederhana dan berbulu pendek dibiakbakakan di Jerman. Bulunya licin dan ketat; warnanya ialah perang kekuning-kuningan atau brindle, dengan atau tanpa tanda putih, yang mungkin melitupi seluruh badan, dan putih. Boxer berkepala pendek (bertengkorak luas dan pendek), mempunyai muncung segi empat, prognatisme rahang bawah, rahang sangat kuat, dan gigitan berkuasa ideal untuk terus menggigit buruan besar. Boxer dibiakbakakan daripada buldog Inggeris lama dan bullenbeisser yang kini pupus, dan merupakan sebahagian daripada kumpulan molosser. Boxer ialah anggot Kumpulan Pekerja.[4]

Boxer pertama kali ditunjukkan dalam pertunjukan anjing untuk anjing Santo Bernard di Munich pada 1895, kelab boxer pertama ditubuhkan pada tahun seterusnya. Berdasarkan statistik American Kennel Club 2013, boxer kekal sebagai baka anjing ketujuh paling popular di Amerika Syarikat untuk tahun keempat berturut-turut.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Breed Standard". The Kennel Club. Dicapai pada 9 Julai 2013.
  2. ^ American Kennel Club. "Breed Standard".
  3. ^ Cassidy, Kelly M. "Breed Longevity Data". Dicapai pada 25 Jun 2012.
  4. ^ "Get to Know the Boxer", 'The American Kennel Club', dicapai pada 14 Mei 2014
  5. ^ American Kennel Club. "Registration Statistics".

Pautan luar[sunting | sunting sumber]