Kasut luncur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kasut luncur ialah but khas yang dipasangkan bilah di bawahnya, yang digunakan untuk menggerakkan pemakainya meluncur sepanjang suatu lapisan (atau permukaan) ais.

Kasut luncur yang terdahulu asalnya diperbuat daripada tulang kaki kuda, lembu atau rusa dan dipasangkan pada kaki dengan tali pengikat. Kasut ini memerlukan pemakai menggunakan suatu tongkat berpancang logam tajam yang digunakan untuk menolak pemakai ke hadapan, tidak seperti kasut luncur moden yang digunakan pada hari ini.[1]

Kasut luncur moden datang dalam pelbagai jenis yang dipilih bergantung pada sifat keperluan yang dikehendaki dalam suatu kegiatan meluncur itu. Ia dipakai untuk tujuan rekreasi di padang luncur atau mana-mana kawasan air beku di seluruh dunia dan digunakan sebagai kasut kelengkapan dalam pelbagai jenis sukan, termasuk luncur ais berbunga, hoki ais, bandy, luncur laju dan luncur liar (tour skating).

Jenis kasut[sunting | sunting sumber]

Kasut luncur bunga[sunting | sunting sumber]

Kasut luncur bunga

Kasut jenis ini digunakan dalam sukan luncur ais berbunga. Kasut ini mempunyai hujung yang tajam pada bahagian hadapan bilah kasut yang biasanya dibuat dari besi tahan karat atau aluminium dengan pelari keluli. Kaki mengambil telah pelbagai menggunakan, tapi paling sering digunakan untuk teknik melompat tertentu dalam sukan luncur ini. But luncur berbunga biasanya dihasilkan daripada beberapa lapisan kulit yang sangat keras untuk menyokong pergelangan kaki. Di samping itu, bilah kasut juga melengkung untuk membolehkan penyesuaian minimal dalam menyeimbangkan dan mengagihkan berat pemakai sewaktu meluncur.

Tapak bilah luncur ini mencekung sedikit, mewujudkan dua bilah yang menyentuh ais. Bahagian hadapan bilah pula bergerigi dan digunakan untuk melompat dan berputar menggunakan jari-jari kaki.[2]

Kasut luncur hoki[sunting | sunting sumber]

Kasut hoki ais

But hoki biasanya terbuat daripada plastik, kulit (seringkalinya kulit sintetik), dan nilon balistik. Kasut yang digunakan dalam pertandingan hoki jarang menggunakan plastik untuk but atas kerana binaannya akan mengehadkan pergerakan pemakai.

Kasut luncur lumba[sunting | sunting sumber]

Kasut luncur lumba moden berjenama "Comfort"

Kasut luncur lumba mempunyai bilah yang panjang untuk tujuan lumba luncur. Terdapat kasut lumba tertentu (dipanggil clap skate atau clapper skate) di mana kasut dihubungkan pada bilah menggunakan engsel. Bilah kasut cenderung lebih tinggi secara keseluruhannya untuk membolehkan belokan sisi dalam tanpa but tersebut menyentuh ais. Kasut ini barangkalinya mungkin mempunyai radius berukuran tertentu dari 8 meter untuk balapan pendek sehingga 22 meter untuk balapan panjang.[3] Kasut luncur lumba mempunyai tapak yang sangat rata[4] tanpa adanya sebarang rongga. Ciri ini meningkatkan tempoh meluncur atas ais dengan tidak memotong ke dalam permukaannya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Old Norse Bone Skates". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-05-12. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ "Ice Skating - Scholastic". www.scholastic.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2014. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2010. Dicapai pada 27 Februari 2010. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)
  4. ^ Denny, Mark (25 Ogos 2011). Gliding for Gold: The Physics of Winter Sports (dalam bahasa Inggeris). JHU Press. ISBN 9781421402154. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 November 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)