Kulit (produk haiwan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kulit yang disamak di Marrakesh

Dalam aspek sistem busana dan produk haiwan, kulit ialah bahan yang fleksibel dan tahan lama yang dibuat dengan proses penyamakan kulit haiwan, terutamanya kulit lembu. Kulit digunakan sebagai bahan lazim pembuatan pakaian, dalaman kenderaan, perabot, sampul buku, alat muzik, dan sebagainya.

Semasa ini sebahagian besar kulit diperbuat dari kulit lembu. Kulit kambing, biri-biri, dan rusa juga digunakan untuk menghasilkan bahan yang lebih lembut dan lebih tinggi harganya. Kulit rusa digunakan sebagai sarung tangan di negara beriklim sederhana. Antara haiwan lain yang digunakan kulitnya ialah babi, kerbau, buaya, anjing, ular, kanggaru, dan unggas besar seperti burung unta.[1]

Kulit kanggaru bersifat kuat, fleksibel, ringan, dan kalis lelas, sering digunakan sebagai bahan pembuat cambuk dan jaket pengguna motosikal, kasut bola sepak, dan sarung tinju.[2][3][4][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Henrylito Tacio,"Why You Should Raise Ostrich," Sun.Star 18 January 2010.
  2. ^ "FAQ". Dainese. Dicapai 2010-10-05. 
  3. ^ Lat, Will. "Soccer Cleats". Dicapai 10/3/2012.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  4. ^ "What type of Leather do I have?". Soccer Cleats 101. Dicapai 2010-07-27. 
  5. ^ "Everlast Premium Kangaroo Leather Speed Bag". Everlast. Dicapai 2013-10-20.