Katib
Katib (Jawi: كاتب serapan Arab: كَاتِبٌ, rumi: kātib terbitan kata kerja كَتَبَ kataba "menulis")[1] atau jurutulis ialah pekerjaan menulis buku atau persuratan dengan tangan sendiri serta menolong kerajaan menyimpan rekod pentadbiran. Pekerjaan yang dahulunya terdapat dalam segala kebudayaan celik huruf, lama-kelamaan diketepikan disebabkan kemajuan pencetakan. Kerja ini melibatkan penyalinan buku, termasuk kitab suci, atau tugas-tugas kean atau pentadbiran seperti menerima imlak ataupun menyimpan rekod perniagaan, kehakiman dan sejarah bagi pihak raja, bangsawan, tempat ibadah dan kerajaan.
Pekerjaan ini berkembang menjadi pekerja awam, wartawan, juruakaun, peguam, malah kerani dan setiausaha; bahkan dua pekerjaan terakhir ini adakala diungkapkan bertindih istilah sama.[2] Di masyarakat yang kurang celik huruf, khidmat katib (dan jurubaca) jalanan masih diperlukan.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Katib |
- ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 309. ISBN 967-65-7321-3.
- ^ Rujuk: