Wartawan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Wartawan merupakan satu kerjaya dalam industri media massa, yang merangkumi surat khabar, majalah, televisyen, radio dan internet. Seorang wartawan bertugas untuk mengumpul dan menyebarkan maklumat tentang berita terkini, orang ternama, tren dan isu-isu yang relevan. Wartawan juga termasuk pengarang, editor, pemberita, penyiar, pembaca berita dan lain-lain.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Perkataan "warta" bermaksud "dihebahkan" dan "wan" membawa maksud "ahli". Wartawan juga termasuk pengarang, editor, pemberita, penyiar, pembaca berita dan lain-lain.

Peralatan[sunting | sunting sumber]

Ketika bertugas di lapangan, wartawan akan membawa telefon bimbit, kamera , buku nota , pen , pita rakaman , perakam video dan lain-lain untuk membuat liputan dan mencari berita. Pada masa kini, wartawan mesti mahir menggunakan komputer, internet dan enjin carian - Google. Mereka akan melayari perpustakaan online untuk mendapatkan arkib berita. Selalunya mereka akan terkejar-kejar ke sana-sini untuk 'scoop' sesuatu berita yang humanisme kerana pembaca suka yang sensasi dan terkini.

Wartawan perlu mencari berita, menulis dan melaporkan isu semasa, terkini dan masa lalu. Mereka mestilah pantas dan tangkas menulis kerana setiap patah kata orang yang ditemubual mestilah ditulis dalam buku nota. Buku nota akan menjadi saksi dan bahan bukti jika didakwa di mahkamah. Terkini, rakaman suara dan video akan menjadi bukti jika ada yang cuba menyanggah berita.

Mahir bahasa[sunting | sunting sumber]

Kerjaya wartawan haruslah bijak berkomunikasi dengan orang ramai , jabatan kerajaan dan mempunyai daya kreatif dan imaginasi yang tinggi. Oleh itu, wartawan mestilah mahir berbahasa antarabangsa terutama bahasa Inggeris.

Tidak ada salah ejaah dan salah fakta. Mereka akan merujuk kamus setiap masa. Daya ingatan mestilah tinggi terutama nama penuh seseorang, jawatan dan peristiwa lalu. Selalu juga mereka akan 'mencipta' istilah baru tanpa disedari.

Berani dan kreatif[sunting | sunting sumber]

Wartawan yang berjaya dikatakan banyak menulis rencana dan dapat diingati ramai kerana tulisannya penuh bermaklumat dan mencetuskan kegemparan dalam surat khabar. Jadi, wartawan mestilah banyak membaca buku dan berani melaporkan isu dan berita yang dikira sensitif. Wartawan mungkin ditahan, ditangkap, disaman dan dipenjarakan oleh pihak kerajaan kerana mendedahkan penyelewengan dan ketidakaturan pentadbiran. Wartawan mengetahui banyak perkara tetapi tidak semua dapat disiarkan. Tapisan demi tapisan akan dibuat dengan alasan kepentingan dan keselamatan.

Skandal Watergate selalu menjadi rujukan tentang kehebatan seseorang wartawan. Peter Arnett pula melaporkan situasi perang semasa pencerobohan Amerika Syarikat terhadap Iraq dan Afghanistan dari bumbung bangunan di Baghdad . Dengan menggunakan komputer, parabola dan satelit, Peter Arnett melaporkan serangan peluru berpandu Amerika Syarikat . Tentera Saddam Hussein pula menyerang balas ke atas Israel dengan peluru berpandu.

Wartawan mungkin akan disaman dan membayar gantirugi jika tersalah lapor dan tidak adil. Contohnya ialah Chamil Wariya dan Zaini Hassan.

Hasil hubungan rapat dengan pemimpin dan orang ramai, wartawan berkemungkinan boleh menjadi ahli politik dan wakil akyat. Contohnya Ruhanie Ahmad, Abdul Rahman Suliman, Badrul Hisham Abdul Aziz dan ramai lagi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]