Pergi ke kandungan

Kaum Thamud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Thamud (bahasa Arab: ثمود) adalah suku kaum kuno berbangsa Arab yang diperkirakan hidup sekitar era millenium pertama sebelum Masihi. Mereka dikatakan berasal dari wilayah Arabia selatan yang kemudiannya berhijrah menuju ke wilayah Arabia utara. Mereka kemudian menetap di Gunung Athlab, Mada'in Saleh. Sejumlah besar kaum Thamud merupakan pengukir dan pemahat bukit yang baik. Ukiran dan pahatan mereka hingga saat ini dapat ditemui di Gunung Athlab dan hampir seluruh Arab bahagian tengah ke utara.[1]


Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Kata Thamud diambil dari salah seorang yang bernama lengkap Thamud bin Amid bin Iram[2], namanya dinisbatkan sebagai pengasas klan sebuah kaum (suku bangsa).

Thamud dalam Al-Quran

[sunting | sunting sumber]

Dalam Al-Quran Tsamud disebut sebanyak 26 kali baik dalam bentuk kata yang berdiri sendiri mahupun untuk menunjukkan kaum.[2] Thamud merupakan sekelompok kaum bagi Nabi & Rasul yang bernama Nabi Saleh a.s.. Nabi Saleh merupakan seorang yang sekaum dengan kaum Thamud dan diutuskan oleh Allah untuk kaum tersebut[3] Al-Qur'an menggambarkan Kaum Thamud adalah kaum yang berkuasa setelah kaum 'Ad yang mahir dan rajin[4] dalam memahat bukit untuk dijadikan tempat tinggal.[5] Selain itu, Thamud juga digambarkan sebagai kota yang aman,[6] yang terdapat sumber air mata air dan banyak kebun dan ladang[7], dan juga pepohonan seperti kurma.[8] Dalam narasi Al-Qur'an, kaum Thamud termasuk kaum yang mendustakan Nabi, sehingga kaum tersebut dibinasakan dengan gempa bumi yang dahsyat.[9]

Thamud dalam Hadis

[sunting | sunting sumber]

Abdullah ibn Umar (ca. 614–693) meriwayatkan apabila Nabi Muhammad melintasi rumah-rumah kaum Thamud dalam perjalanan baginda menuju ke Perang Tabuk, baginda telah berhenti bersama-sama dengan pengikut disana. Para pengikut telah memuatkan air dari telaga/perigi daripada apa yang digunakan oleh kaum Thamud untuk minum. Mereka menyiapkan doh mereka (untuk dibakar) dan mengisi kulit-kulit air mereka darinya (air dari telaga tersebut). Nabi Muhammad telah mengarahkan mereka (pengikut baginda) untuk mengosongkan kulit-kulit air dan memberikan doh yang telah disiapkan kepada unta-unta. Lalu baginda bergerak bersama mereka sehinggalah mereka berhenti di suatu perigi dari apa yang digunakan untuk unta betina Nabi Saleh a.s. dijadikan minuman. Baginda (Nabi Muhammad) telah memberi amaran agar menjauhi dan tidak memasuki dalam golongan masyarakat yang telah dihukum, bersabda (baginda); "Saya takut bahawa anda mungkin akan terpengaruh oleh apa yang menimpa mereka, jadi jangan masuk menemui mereka.."[perlu rujukan].

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Encyclopædia Britannica Online
  2. ^ a b Abu Khalil, Shawqi (2003). Athlas al-Hadith al-Nabawi Minal Kutub ash-Shihah as-Sittah. Damaskus: Darul Fikr. 1-59239-148-6. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  3. ^ Templat:Quran-s
  4. ^ Templat:Quran-s
  5. ^ Templat:Quran-s
  6. ^ Templat:Quran-s
  7. ^ Templat:Quran-s
  8. ^ Templat:Quran-s
  9. ^ Templat:Quran-s