Kawasan Undi Perseorangan Punggol East

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Punggol East
Kawasan Undi Perseorangan
bagi Parlimen Singapura
Punggol East SMC locator map.svg
WilayahTimur Laut Singapura 
Pengundi34,466
Kawasan undi semasa
Dibentuk2011
WakilCharles Chong
Majlis BandaranPasir Ris-Punggol

Kawasan Undi Perseorangan Punggol East (Bahasa Inggeris: Punggol East Single Member Constituency; Cina: 榜鹅东单选区; Bahasa Tamil: பொங்கோல் ஈஸ்ட் தனித்தொகுதி) ialah sebuah Kawasan Undi Perseorangan (SMC) di bahagian timur laut Singapura. Sebelum dijadikan sebuah SMC yang tersendiri semasa pilihan raya umum 2011, kawasan Punggol East merupakan sebahagian daripada Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Pasir Ris-Punggol.

Pada 12 Disember 2012, Anggota Parlimen (AP) bagi SMC Punggol East pada ketika itu, Michael Palmer meletakkan jawatan sebagai Speaker Parlimen, AP dan ahli Parti Tindakan Rakyat (PAP) setelah mengaku adakan hubungan sulit dengan seorang kakitangan Persatuan Rakyat (PA).[1] Sebuah pilihan raya kecil diadakan pada 26 Januari 2013 akibat pengosongan kerusi parlimen di Punggol East. Pada Hari Pengundian, calon Parti Pekerja Lee Li Lian berjaya menewaskan PAP dan dilantik menjadi AP bagi SMC Punggol East.[2]

Semasa pilihan raya umum 2015, Charles Chong dari PAP berjaya menawan semula SMC Punggol East, menggantikan Lee Li Lian sebagai AP bagi kawasan undi tersebut.[3]

Para Anggota Parlimen[sunting | sunting sumber]

Anggota Parlimen Parti Tempoh Nota
Michael Palmer PAP 2011–2012 Meletakkan jawatan ekoran hubungan sulit, mengakitbatkan pilihan raya kecil Punggol East
Lee Li Lian WP 2013–2015
Charles Chong PAP 2015– Penyandang

Calon-calon dan keputusan[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya pada 2010-an[sunting | sunting sumber]

Pilihan Raya Umum 2015: Punggol East
Parti Calon Undi % ±%
PAP Charles Chong 16,957 51.76 -2.78
WP Lee Li Lian 15,801 48.24 +7.23
Majoriti 1,156 3.52
Undian rosak 379 1.14
Peratusan mengundi 33,137 96.14 +1.83
Jumlah pengundi 34,466
PAP tawan daripada WP Ayunan
Pilihan Raya Kecil 2013: Punggol East
Parti Calon Undi % ±%
WP Lee Li Lian 16,045 54.50 +13.49
PAP Koh Poh Koon 12,875 43.73 -10.81
RP Kenneth Jeyaretnam (Hilang wang cengkeram) 353 1.20 N/A
SDA Desmond Lim Bak Chuan (Hilang wang cengkeram) 168 0.57 -3.88
Margin kemenangan 3,170 10.77 -2.76
Undian rosak 418 1.40
Peratusan mengundi 29,859 94.31 -0.99
Jumlah pengundi 31,659
WP tawan daripada PAP Ayunan +12.15
Pilihan Raya Umum 2011: Punggol East
Parti Calon Undi % ±%
PAP Michael Palmer 16,994 54.54 N/A
WP Lee Li Lian 12,777 41.01 N/A
SDA Desmond Lim Bak Chuan (Hilang wang cengkeram) 1,387 4.45 N/A
Peratusan mengundi 31,709 95.3 N/A
PAP menang (kerusi baharu)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mohd, Azahar; Kuchit, Adli Yashir (14 Disember 2012). "Peletakan Jawatan Speaker Michael Palmer: Tumpuan ramai beralih pada pilihan raya kecil" (PDF). Berita Harian. Singapura. Singapore Press Holdings. m/s. 4. Dicapai 16 Januari 2016. 
  2. ^ Au Yong, Jeremy (26 Januari 2013). "Workers' Party wins Punggol East by-election with 54.52% of valid votes" [Parti Pekerja menang pilihan raya kecil Punggol East dengan 54.52% undian sah]. The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Singapura. Singapore Press Holdings. Dicapai 16 Januari 2016. 
  3. ^ Sim, Royston (12 September 2015). "GE2015: PAP's Charles Chong wins Punggol East SMC with 51.76 per cent of votes" [Charles Chong dari PAP menangi SMC Punggol East dengan 51.76 peratus pungutan undi]. The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). SPH. Dicapai 22 September 2015.