Pilihan raya umum Singapura 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pilihan raya umum Singapura 2011
Singapura
← 2006 7 Mei 2011 2015 →
← Parlimen Singapura ke-11
  Lee Hsien Loong - 20101112.jpg Low Thia Khiang at a Workers' Party general election rally, Sengkang, Singapore - 20110503 (cropped).jpg
Parti PAP WP NSP
Undian popular 1,210,617 258,141 242,369
Peratusan 60.14% 12.82% 12.04%

  Dr Chee Soon Juan.jpg ChiamSeeTong-SDARally-20060502.jpg
Parti SDP Reform SPP
Undian popular 97,239 86,174 62,504
Peratusan 4.83% 4.28% 3.11%

 
Parti SDA
Undian popular 55,932
Peratusan 2.78%

Perdana Menteri

Lee Hsien Loong
PAP

Perdana Menteri yang dilantik

Lee Hsien Loong
PAP

Pilihan raya umum Singapura ke-16 diadakan pada 7 Mei 2011. Penggal Parlimen Singapura adalah lima tahun, selepas itu ia mesti dibubarkan oleh Presiden Singapura dan pilihan raya mesti diadakan dalam masa tiga bulan, mengikut Perlembagaan Singapura.[1] Mengundi adalah wajib di Singapura dan berasaskan sistem pemenang undi terbanyak. Pilihan raya dikendalikan oleh Jabatan Pilihan Raya yang berada dalam bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri. Pada 19 April 2011, parlimen dibubarkan. Hari pencalonan jatuh pada 27 April 2011, dan buat kali kedua pilihan raya berturut-turut, parti PAP tidak kembali berkuasa pada hari pencalonan. Pilihan raya ini juga merupakan kali pertama berlakunya pertarungan tiga pihak sejak tahun 2001, di Kawasan Ahli Tunggal Punggol Timur.

Pilihan raya ini disifatkan sebagai "watershed election" (pilihan raya titik perubahan) oleh pelbagai pihak. Parti pemerintah, PAP mengingatkan para pengundi bahawa pilihan raya ini bakal menentukan "generasi kepimpinan Singapura yang akan datang".[2] Parti Buruh memanggilnya "watershed election" untuk negara Singapura dan parti pembangkang, kerana inilah kali pertama dalam dua dekad bahawa hanya tua Ahli Parlimen pembangkang penyandang yang meninggalkan kubu masing-masing dan bertanding dalam Kawasan Perwakilan Berkumpulan, sehingga menimbulkan risiko berlakunya situasi yang mana tiadanya "Ahli Parlimen pembangkang yang terpilih",[3] biarpun pilihan raya kali ini mempunyai perkadaran tertinggi kerusi yang dipertandingkan semenjak kemerdekaan, iaitu 82 daripada 87 kerusi (atau 94.3%).[4] Pilihan raya yang kedua tertinggi jumlah kerusi yang dipertandingkan adalah pada tahun 1972, ketika 87.7% (57/65) kerusi menjadi rebutan.[5] Pilihan raya kali ini menandakan peraduan pilihan raya pertama di Bishan-Toa Payoh (sejak 1991) dan Holland-Bukit Timah, serta juga Tanjong Pagar sebagai satu-satunya kawasan pengundian yang tidak tertanding sejak penubuhannya pada tahun 1991.

Keputusan akhir menunjukkan parti pemerintah kerugian 6.46% undian sejak pilihan raya 2006. Parti Tindakan Rakyat memenangi 81 kerusi, tetapi kehilangan Kawasan Perwakilan Berkumpulan Aljunied kepada Parti Buruh Singapura, iaitu kali pertama sebuah Kawasan Perwakilan Berkumpulan dimenangi oleh parti pembangkang. Termasuk juga Kawasan Ahli Tunggal Hougang, Parti Buruh mendapat enam kerusi di parlimen, iaitu keputusan parlimen terbaik buat parti pembangkang sejak kemerdekaan.[6][7]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Constitution of the Republic of Singapore". Attorney-General's Chambers of Singapore website. Dicapai 17 Disember 2008. 
  2. ^ Good to have strong contest: PM Lee. Straitstimes.com (2011-04-28). Retrieved on 2011-05-04.
  3. ^ Stakes and risk very high for opposition: WP chief. Straitstimes.com (2011-04-28). Retrieved on 2011-05-04.
  4. ^ GE 82 of 87 seats contested. Channel NewsAsia (2011-04-27). Retrieved on 2011-05-04.
  5. ^ Singapore Parliamentary General Election 1972. Singapore-elections.com. Retrieved on 2011-05-04.
  6. ^ "81 out of 87 seats for PAP". Straits Times. 8 Mei 2011. Dicapai 8 Mei 2011. 
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan nyt tidak disediakan

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b The SPP and NSP were both constituent parties of the SDA in the 2006 elections and thus received the same vote share. The SDA won a seat in 2006 but lost it when Chiam pulled the SPP out of the alliance in 2011.