Kebakaran hutan Victoria 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kebakaran hutan Victoria, Australia 2009
Imej satelit Akua MODIS menunjukkan kebakaran di barat Victoria semasa tengah hari pada hari ke-7. Hari ke-8, asap daripada kebakaran hutan telah menjangkau sejauh New Zealand.[1]
Map
LokasiVictoria, Australia
Koordinat37°34′51.7″S 141°38′28.8″E Sunting ini di Wikidata
Perangkaan
Tarikh7–9 Februari 2009 (masih berlaku)
Keluasan terjejas330,000 hektar
PenyebabPelbagai sumber yang telah disahkan termasuk arson (disyaki menjadi sumber utama, disahkan di Gippsland)[2], puntung rokok (Bendigo)[3] dan panahan petir (Gippsland dan Grampians)[4][5]
Tanah yang digunakanKawasan Pinggir Luar Bandar/Bandar, Tanah Ladang dan Taman Negara/Simpan Hutan
Kematian181[6] (Disahkan sehingga 0300 AEDT,
masih dihitung.)
Tercedera500+, 100+ di hospital[7]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kebakaran hutan Victoria 2009 berhubung tragedi kebakaran hutan yang menyebabkan 181 orang terbunuh dan 1,033 rumah musnah terbakar terutama di Kingslate, Victoria, tenggara Australia pada bulan Februari 2009.

Hutan seluas 330,000 hektar kawasan di Victoria telah terbakar, dengan api marak mencecah 10 meter tinggi. Bekalan elektrik di Melbourne dan kawasan sekitar terputus dan 500,000 penduduk terpaksa bergelap. Victoria diisytiharkan sebagai zon bencana. Lebih 640 buah rumah musnah terbakar yang kebanyakannya di kawasan Kinglake, utara bandar raya Melbourne. Lebih 50 perkhidmatan keretapi do Melbourne terpaksa dibatalkan kerana landasan kereta api yang bengkok. Cuaca yang panas menyebabkan meningkatnya permintaan terhadap bekalan elektrik bagi menjana penghawa dingin dan turut menyebabkan berlaku gangguan pada transformer.[8]

Punca terbunuh[sunting | sunting sumber]

Api yang membakar hutan, kawasan perumahan dan jalan raya menyebabkan orang ramai terperangkap di rumah, di dalam kereta di jalan raya dan semasa mereka cuba memadam api yang mengganas. Api yang merebak dipercayai dari perbuatan khianat.Sesetengah lokasi puncanya hutan sengaja dibakar . Mereka ini boleh didakwa membunuh dengan niat, bergantung kepada bukti yang diperolehi. Banyak rumah di barat laut Melbourne musnah dijilat api. Institut Kajian Jenayah Australia pada Januari 2009 menyiarkan laporan yang menyatakan separuh daripada 20,000 hingga 30,000 kebakaran belukar yang berlaku di Australia setiap tahun telah dicetuskan dengan sengaja. Contohnya polis berjaya menahan lelaki berusia 31 tahun di Peats Ridge, ke utara Sydney kerana memulakan kebakaran. Ketua Menteri South Australia, Mike Rann,menyatakan sekurang-kurangnya 20 peratus kebakaran di negeri itu pada musim panas ini disebabkan perbuatan khianat manakala 20 peratus lagi berpunca daripada "kebodohan atau kecuaian.[9]

Angin kencang dan suhu melampau mencecah 46 darjah Celcius memarakkan api di kawasan luar bandar Victoria dan News South Wales. Semua pokok kering dan mudah dijilat api.[10]

Perdana Menteri Australia, Kevin rudd menyatakan kebakaran terburuk dalam tempoh 30 tahun. Ketika Queensland di utara berhadapan dengan masalah banjir, Victoria berhadapan masalah kebakaran hutan.Paras hujan di Queenslands ialah 350 milimeter menyebabkan banjir kilat di bandar Innisfail ekoran kenaikan paras air sungai. Insiden kebakaran Ash Wednesday pada 1983 yang mengorbankan 75 nyawa dan memusnahkan 2,500 buah rumah di tenggara Australia.

Pegawai agensi cuaca, Stuart Ord berkata, seramai 30,000 anggota bomba kini ditempatkan di Victoria, manakala 10,000 lagi di kawasan sempadan Australia Selatan. Unit-unit tentera dikerah untuk membantu 3,000 anggota bomba bagi mengawal kebakaran.[11]

Mangsa kebakaran[sunting | sunting sumber]

Mangsa kebakaran dihantar ke Hospital Alfred di Melbourne. Kerja-kerja mencari diteruskan dalam runtuhan bangunan, kereta yang terbakar di jalan raya dan sebagainya. Beberapa yang terselamat menyatakan mereka berendam di dalam kolam.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gorman, Paul (2009-02-09). "Heat wave fails to arrive". The Press. Fairfax New Zealand. Dicapai pada 2009-02-09.
  2. ^ "Bushfires in Victoria kill 35, fears death toll will rise". Herald Sun. 8 February 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-30. Dicapai pada 2009-02-08.
  3. ^ "Cigarette butt blamed for West Bendigo fire; two dead, 50 homes lost". News.com.au. 9 February 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-10. Dicapai pada 2009-02-09.
  4. ^ "State Summary Overview - 9th Feb 2009 - 2115 hrs" (PDF). Victorian Government. Country Fire Authority. 2009-02-09. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-02-24. Dicapai pada 2009-02-09.
  5. ^ "Lightning starts new bushfires in Grampians". ABC News. 8 February 2009. Dicapai pada 2009-02-09.
  6. ^ "Victoria Police bushfire update". Victoria Police. 2009-0210. Check date values in: |date= (bantuan)
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan casualties from bushfires tidak disediakan
  8. ^ Cuaca panas di Australia masuk hari ketiga
  9. ^ Lebih 96 terkorban
  10. ^ Cuaca ekstrem di Australia semakin buruk, 14 maut
  11. ^ 35 maut kebakaran hutan di Australia