Keberkecualian internet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Keberkecualian internet (Jawi: كبركچوالين اينترنيت, Bahasa Inggeris: Net neutrality) ialah suatu prinsip di mana pembekal khidmat Internet dimestikan melayani kesemua data di internet dengan sama ratanya dan tidak mendiskriminasi atau mengenakan caj berbeza terhadap pengguna, kandungan, tapak sesawang, platform, perisian penggunaan, jenis peralatan yang dilampirkan atau kaedah perhubungan.[1] Contohnya, di bawah prinsip ini, penyedia khidmat internet tidak boleh dengan sengajanya menyekat, memperlahankan atau mengenakan caj wang untuk sesetengah laman sesawang dan kandungan dalam talian.

Konsep ini telah diilhamkan oleh Tim Wu, seorang profesor undang-undang hiburan di Universiti Columbia pada 2003 sebagai satu lanjutan kepada suatu konsep lama mengenai pembawa sepunya (common carrier) yang digunakan untuk menerangkan peranan sistem telefon.[2][3][4][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gilroy, Angele A. (11 Mac 2011). Access to Broadband Networks: The Net Neutrality Debate (Laporan). DIANE Publishing. p. 1. ISBN 978-1437984545.
  2. ^ Tim Wu (2003). "Network Neutrality, Broadband Discrimination" (PDF). Journal on telecom and high tech law. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 24 April 2014. Dicapai pada 23 April 2014. 
  3. ^ Krämer, J; Wiewiorra, L.; Weinhardt, C. (2013). "Net Neutrality: A Progress Report" (PDF). Telecommunications Policy. 37 (9): 794–813. Diarkibkan daripada original (PDF) pada 23 Mei 2015. 
  4. ^ Berners-Lee, Tim (21 Jun 2006). "Net Neutrality: This is Serious". timbl's blog. Diarkibkan daripada original pada 27 Disember 2008. Dicapai pada 26 Disember 2008. 
  5. ^ Staff. "A Guide to Net Neutrality for Google Users". Google. Diarkibkan daripada original pada 1 September 2008. Dicapai pada 7 Disember 2008. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]