Kejuruteraan sosial (keselamatan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Dalam bidang keselamatan siber, kejuruteraan sosial merujuk kepada manipulasi psikologi daripada suatu pihak untuk membongkarkan suatu maklumat rahsia atau peribadi seseorang. Kejuruteraan sosial secara umumnya dilakukan melalui telefon atau Internet. Kejuruteraan sosial merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh penggodam untuk memperoleh informasi tentang mangsanya dengan cara meminta informasi itu secara langsung kepada mangsa atau pihak lain yang mempunyai maklumat itu. Kejuruteraan sosial tertumpu kepada rantai terlemah dalam sistem jaringan komputer, iaitu manusia.

Pencegahan[sunting | sunting sumber]

Mengambil beberapa langkah berjaga-jaga mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan kejuruteraan sosial. Langkah berjaga-jaga yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:[1]

  • Berhati-hati dengan tawaran indah khabar dari rupa.
  • Gunakan pengesahan berbilang faktor.
  • Elakkan mengklik laman daripada sumber yang tidak diketahui.
  • Tidak memberikan maklumat peribadi kepada sesiapa melalui e-mel, telefon atau mesej teks.
  • Penggunaan perisian penapis spam.
  • Elakkan berkawan dengan orang yang anda tidak kenali dalam kehidupan sebenar.
  • Ajar kanak-kanak untuk menghubungi orang dewasa yang dipercayai sekiranya mereka dibuli melalui internet (buli siber) atau berasa terancam oleh apa-apa dalam talian.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "What is Social Engineering | Attack Techniques & Prevention Methods | Imperva". Learning Center (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 Februari 2020.