Kek titisan hujan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kek titisan hujan
JenisPencuci mulut
Tempat asalJepun
Bahan utamaAir, agar-agar
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Kek titisan hujan dihidang bersama sirap dan tepung kacang soya

Kek titisan hujan ialah pencuci mulut yang diperbuat daripada air dan agar-agar yang menyerupai titisan hujan. Ia mula popular di Jepun pada 2014, dan kemudian mendapat perhatian antarabangsa.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada asalnya ia ialah pencuci mulut Jepun yang dikenali sebagai mizu shingen mochi (水信玄餅), hidangan ini adalah evolusi daripada pencuci mulut tradisional Jepun, shingen mochi (信玄餅). Shingen mochi pertama kali dicipta pada zaman Sengoku oleh daimyo, Takeda Shingen, sebagai makanan kecemasan yang diperbuat daripada tepung beras dan gula. [1] [2]

Mizu Shingen Mochi[sunting | sunting sumber]

Di Jepun moden, penduduk tempatan di Hokuto-cho mula menjadikan air mineral segar sebagai salah satu ramuan pencuci mulut tersebut. Syarikat Kinseiken Seika di Wilayah Yamanashi adalah salah satu kedai pertama yang menjualnya pada hujung minggu. [3]

Mizu bermaksud air dan shingen mochi ialah sejenis kek nasi manis (mochi) yang dibuat oleh syarikat Kinseiken. [4] Tahun sebelumnya, iaitu pada 2013, penciptanya ingin meneroka idea membuat air yang boleh dimakan. [4] Pencuci mulut itu tular dan membuatkan orang ramai berkunjung semata-mata untuk merasai hidangan itu. [5]

Darren Wong memperkenalkan hidangan itu ke Amerika Syarikat di New York City pada pameran makanan Smorgasburg pada April 2016. [5] [6] [7] Tidak lama selepas itu, restoran Yamagoya di London bekerja selama empat bulan untuk membangunkan versi lain. [5]

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Hidangan ini diperbuat daripada air mineral dan agar-agar; oleh itu, ia hampir tidak mempunyai kalori. [5] [6] [7] Air daripada hidangan asal diperolehi dari Gunung Kaikoma di Pergunungan Alps Jepun Selatan, dan ia telah digambarkan sebagai mempunyai rasa yang sedikit manis. [4] Agar-agar adalah alternatif vegan kepada gelatin yang diperbuat daripada rumpai laut. [6] [8] Selepas dipanaskan, ia dibentuk dan disejukkan. [6] Sirap seperti molase, dipanggil kuromitsu, dan tepung kacang soya, dipanggil kinako, digunakan sebagai hias atas. [5] [6] [7] Hidangan itu kelihatan seperti titisan hujan yang telus, walaupun ia juga telah disamakan dengan implan payudara dan obor-obor . [5] [6] Pencuci mulut yang hampir tidak mempunyai rasa itu cair apabila ia masuk ke dalam mulut dan ia mesti dimakan dengan segera, atau ia akan cair dan mula menguap selepas dua puluh minit. [5] [7]

Pencuci mulut juga dijual dalam kit untuk dibuat di rumah. [8] Ia telah dipamerkan oleh media arus perdana Amerika di The Today Show, BuzzFeed dan ABC News . [8]

  1. ^ "信玄餅 | 金精軒". 金精軒 | 山梨県北杜市で和菓子屋を営んでおります。 (dalam bahasa Jepun). 2011-01-31. Dicapai pada 2021-07-18.
  2. ^ "Raindrop Cake, A Low Calorie Japanese Dessert You Need To Try!". Honest Food Talks (dalam bahasa Inggeris). 2021-06-01. Dicapai pada 2021-07-18.
  3. ^ "2019年 水信玄餅をお求めの方へ | 金精軒". 金精軒 | 山梨県北杜市で和菓子屋を営んでおります。 (dalam bahasa Jepun). 2019-05-01. Dicapai pada 2021-07-18.
  4. ^ a b c "Mizu Shingen Mochi: Water You Can Eat?". Japan Info. Dicapai pada 2018-08-16. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Japan Info" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  5. ^ a b c d e f g Maitland, Hayley (2018-08-14). "Everything You Need To Know About Raindrop Cakes". British Vogue. Dicapai pada 2018-08-16. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Maitland 2018" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  6. ^ a b c d e f "What is a Raindrop Cake – How to Make a Raindrop Cake". Delish. 2018-03-13. Dicapai pada 2018-08-16. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Delish 2018" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  7. ^ a b c d Strutner, Suzy; Aiken, Kristen (2016-03-31). "Get Ready, This Magical Raindrop Cake Is Coming To America". HuffPost. Dicapai pada 2018-08-16. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Strutner Aiken 2016" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  8. ^ a b c "Raindrop Cake Making Kit". Raindrop Cake. 2017-08-08. Dicapai pada 2018-08-16. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Raindrop Cake 2017" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza