Pergi ke kandungan

Mochi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mochi
Marumochi
Marumochi (丸餅) atau mochi bulat
Nama alternatifBahasa Cina: 麻糬; Bahasa Jepun:
JenisGlutinous rice cake, Japanese rice dish, wagashi Sunting ini di Wikidata
Tempat asal Jepun
Bahan utamaBeras
Bahan yang biasa digunakanPulut Sunting ini di Wikidata
Cara penyediaanMochi production Sunting ini di Wikidata
Tenaga makanan
(setiap hidangan)
165 kcal (691 kJ)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Mochi segi empat, mochi potong
Kakumochi (角餅) atau mochi segi empat, juga dikenali sebagai kirimochi (切り餅) atau mochi potong
mochi rata
Noshimochi (のし餅) atau mochi rata

Mochi adalah makanan proses Jepun yang dibuat daripada beras pulut yang ditumbuk sehingga lembut dan likat, kemudiannya dibentuk menjadi bulat. Di Jepun, mochi sering dibuat dan dimakan ketika menyambut perayaan tradisional mochitsuki atau perayaan Tahun Baru Jepun. Namun, jenis mochi ini sentiasa dijual dan dapat diperoleh di kedai-kedai mochi sepanjang tahun.[1][2]

Jenis mochi

[sunting | sunting sumber]

Mochi mempunyai dua jenis, iaitu tsuki-mochi dan neri-mochi. Tsukimochi merupakan mochi yang dibuat daripada pulut yang dikukus dan ditumbuk dengan tukul kayu. Nerimochi pula dibuat daripada bijirin yang diuli dengan tangan. Di Jepun selain Okinawa, secara am mochi dikenali sebagai tsukimochi.

Mochi dimakan dalam pelbagai cara. Selain perbezaan bentuk dan saiz mochi, ada juga kepelbagaian dalam makanan atau perasa yang dimakan bersama mochi. Mochi digunakan bukan sahaja dalam masakan mochi atau masakan tradisional seperti zoni, namun ia juga digunakan dalam masakan Barat atau pencuci mulut.

Jenis tsukimochi

[sunting | sunting sumber]

marumochi

[sunting | sunting sumber]

Mochi yang dibentuk bulat.

noshimochi, kakumochi (kirimochi)

[sunting | sunting sumber]

Mochi yang dibentuk seperti papan dengan memanjangkan mochi kepada ketebalan 1.5 cm. Kakumochi merupakan mochi yang dipotong. Ia juga dipanggil kirimochi.

namakomochi

[sunting | sunting sumber]

Mochi yang dibentuk bujur seperti gamat. Ia dimakan dengan dipotong mengikut ketebalan yang dikehendaki dan kemudian dipanggang atau digoreng. Di barat Jepun ia dipanggil nekomochi (ねこもち) juga di mana neko bermakusud kucing.

akafukumochi, gofukumochi, kawabemochi, ankoromochi, botamochi

[sunting | sunting sumber]

Mochi yang dibungkus dengan anko (pes kacang merah).

anmochi, daifuku

[sunting | sunting sumber]

Mochi yang intinya anko.

isobemochi

[sunting | sunting sumber]

Kirimochi dipanggang, dicelup dalam kicap dan dibungkus dengan rumpai laut semasa ia panas.

kinakomochi

[sunting | sunting sumber]

Mochi yang ditaburkan dengan kinako (tepung soya) ke atas mochi yang dibakar, direneh atau dikukus.

kusamochi

[sunting | sunting sumber]

Mochi yang ditumbuk dengan daun yomogi. Kadang-kadang ada anko di dalamnya.

mamemochi

[sunting | sunting sumber]

Mochi yang mempunyai kacang hitam.

zundamochi

[sunting | sunting sumber]

Mochi yang dibuat dengan menghancurkan kacang edamame yang telah direbus dan mencampurkannya ke dalam mochi.

Jenis nerimochi

[sunting | sunting sumber]

sakuramochi

[sunting | sunting sumber]

Pulut dikukus, dikeringkan, ditumbuk ringan dan kemudian anko dimasukkan ke dalamnya. Selepas itu ia dibungkus dengan daun bunga sakura.

shingenmochi

[sunting | sunting sumber]

Kinako dan gula ditaburkan ke atas mochi nipis.

Jenis mochi yang lain

[sunting | sunting sumber]

Mochi yang kecil dicucuk pada lidi. Ia dimakan bersama anko. Selain cara makan ini, ada banyak jenis cara makan. Mitarashidango ialah dango yang mentah atau dipanggang dan disalut dengan sos masin-manis yang diperbuat daripada kicap, gula, dan kanji kentang. Isobedango ialah dango yang dipanggang dengan kicap dan dibalut dengan rumpai laut.

kashiwamochi

[sunting | sunting sumber]

Mochi yang dibalut dengan daun oak. Intinya anko atau pes miso.


  1. ^ "What is Mochi?" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-10-05.
  2. ^ [1], (id) Mochi (dipun-akses tanggal 09 Januari 2013).

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.