Kelab Kereta Klasik Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kelab Kereta Klasik Malaysia merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dipengerusikan oleh Tunku Datuk Seri Adnan Tunku Besar Burhanuddin.

Pada Mei 2010, kelab ini menganjurkan Program Jelajah Kereta Klasik Diraja 2010 Shah Alam - Kangar selama 3 hari. Turut serta ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Nationwide Express, Rozilawati Basir. Mereka singgah di Muzium Sejarah Permotoran Alor Setar, Kompleks Penyayang Dr Siti Hasmah, Jejawi, Putra Putri Lodge dan kembali tiba ke Shah Alam. Ia diadakan sempena hari Keputeraan Raja Perlis yang ke-67, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Perjalanan lebih 1,000 kilometer itu disertai kereta vintaj Lagonda Rapier, Mercedes Pagoda Top 280SL dan Rolls Royce Corniche.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]