Kem Kasut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kem Kasut ialah sebuah tapak perkhemahan yang terletak di trek mendaki Gunung Yong Belar di Cameron Highland. Jaraknya kira-kira 1-2 jam dari puncak gunung. Pendaki boleh berkhemah di kem ini ataupun boleh juga bermalam di Kem Tudung Periuk.

Kem ini dinamakan Kem Kasut kerana pihak yang membuka tapak perkhemahan ini menemui atau meninggalkan kasut di sekitar kawasan tersebut. Setelah kawasan tersebut dibersihkan, ia telah memberi kemudahan kepada pendaki-pendaki untuk menginap tanpa perlu membuka tapak perkhemahan yang baru. Kem ini boleh memuatkan sehingga 40 orang pada satu-satu masa.

Selain itu terdapat punca air yang bersih boleh digunakan di kem ini. Jarak untuk ke punca air terdekat adalah lebih kurang 3 minit perjalanan menurun ke kawasan lembah. Sebagai langkah keselamatan pendaki dinasihatkan agar tidak turun berseorangan ke kawasan punca air ini.