Kem Tudung Periuk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kem Tudung Periuk ialah sebuah tapak perkhemahan yang terletak di trek mendaki Gunung Yong Belar di Tanah Tinggi Cameron. Jaraknya kira-kira 4-5 jam dari puncak gunung. Pendaki boleh berkhemah di kem ini ataupun boleh juga bermalam di Kem Kasut.

Kem ini dinamakan Kem Tudung Periuk kerana pihak yang membuka tapak perkhemahan ini menemui tudung periuk di sekitar kawasan tersebut. Setelah kawasan tersebut dibersihkan, ia telah memberi kemudahan kepada pendaki-pendaki untuk menginap tanpa perlu membuka tapak perkhemahan yang baru. Kem ini boleh memuatkan sehingga 40 orang pada satu-satu masa.