Kembali (album Feminin)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kembali
Album studio oleh
Dilancarkan pada1996
Dirakamkan pada1995-1996
GenrePop
SyarikatWarner Music Malaysia
PenerbitPaul Moss, Azman Abu Hassan dan Goh Boon Hoe
Kronologi Feminin
Untukmu
(1993)
Kini
(1994)
Kembali
(1996)
Single daripada Kini
  1. "Hanya Sekali"
    Dikeluarkan: 1994
  2. "Kehadiranmu"
    Dikeluarkan: 1994
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kembali[1] merupakan album studio ketiga kumpulan Feminin yang dikeluarkan pada 1996 oleh Warner Music Malaysia. Album ini terjual melebihi 50,000 unit. Kembali merupakan album terakhir Feminin yang terdiri daripada 10 + 1 lagu. Di dalam album ini buat pertama kali, hampir 40% lagu melibatkan penglibatan vokal setiap seorang ahli kumpulan ini; lagunya, "Pesanan", "Ride and Slide", "Bayangan Merbahaya" dan sebuah lagu bonus "Lepaskan". Album ini mula memperlihatkan kematangan feminin menyanyikan lagu-lagu yang bernada matang dan juga imej yang sangat matang.

Maklumat album[sunting | sunting sumber]

Album studio ketiga dan yang terbaik pernah dihasilkan oleh kumpulan Feminin. Selaras dengan penambahan umur dan kematangan mereka, Feminin telah melakukan perubahan konsep album daripada ‘dance music’ kepada R&B Pop. Lagu-lagu yang diterbitkan oleh nama-nama besar dalam industri muzik menjadikan album ini cukup istimewa dan berjaya membawa Feminin keluar dari imej lagu-lagu KRU. Walau bagaimanapun, sebahagian besar peminat Feminin agak sukar untuk menerima perubahan yang agak drastik ini.

Penghasilan album ini juga dilihat agak unik kerana buat julung kalinya Feminin telah menyanyikan sebuah lagu cover version iaitu ‘Hanya Sekali’ (dendangan asal kumpulan Ideal Sister) dan juga sebuah lagu Inggeris iaitu ‘Ride & Slide’. Feminin juga telah terlibat sama dalam menghasilkan lirik untuk dua lagu iaitu lagu ‘Kehadiran’ serta ‘Pesanan’.

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No.TajukMasa
1."Kehadiran"4:25
2."Bayangan Merbahaya"4:16
3."Hanya Sekali"4:00
4."Kembali"5:10
5."Ride and Slide"4:45
6."Godaan Kotaraya"4:27
7."Penawar Luka"4:56
8."Pesanan"4:16
9."Aturkan"4:33
10."Cinta Abadi"4:30


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kembali (catatan media). Feminin. Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd. 1996.CS1 maint: others (link)