Kemeja Hawaii

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sehelai kemeja Hawaii yang digantung di pintu

Kemeja Hawaii atau kemeja aloha (Hawaii: palaka aloha,[1] bahasa Inggeris: Hawaiian shirt atau aloha shirt) adalah kemeja berkolar longgar (tidak kaku) dengan corak kain bermotif alam tropika (nanas, bunga dan tumbuhan) dan warna-warna cerah; kemeja sebegini dapat dihasilkan daripada kain sutera, kapas, rayon atau poliester.

Pakaian ini dikembangkan masyarakat Jepun yang menduduki kepulauan Hawaii menggunakan semula barangan kain membuat kimono.[2][3] Sejak pertengahan tahun 1930-an, kemeja ini mula dikenal di resort-resort yang ada di sana di mana para tetamu yang mengunjung membeli ia untuk dikenakan sewaktu menginap di Hawaii atau dibawa pulang sebagai cendera mata.

Asal usul[sunting | sunting sumber]

Ada beberapa penjelasan mengenai asal usul kemeja ini. Menurut salah satu cerita, kemeja ini mulanya dibuat oleh para pendatang yang berhijrah dari Jepun pada akhir abad ke-19 hingga awal abad ke-20 bekerja di ladang-ladang pertanian serata kerajaan Hawaii yang senang memakai baju berleher longgar mirip parka dipakai pelaut Eropah sezaman itu, lagi-lagi kerana bahan kasuri dari kain kapas yang juga digunakan dalam pembuatan kimono. Maka, kain kimono dilanjutkan kegunaannya untuk dibuatkan kemeja dari kain kimono bekas, sehingga tercipta kemeja serupa ini.[4]

Pengusahaan[sunting | sunting sumber]

"Baju-baju aloha" Tori Richard dipamerkan dalam sebuah kedai

Pengusahaan jenis kemeja ini ditelusuri kepada tahun-tahun 1920-an[5] atau 1930-an[6] oleh kedai "Musa-Shiya the Shirtmaker" (nama asal dalam Jepun: 武蔵屋呉服店, rumi: Musashi-ya-gofukuten) di Honolulu milik seorang berketurunan Jepun iaitu Kōichirō Miyamoto.[5][3][6] Pada awal tahun 1930-an, kemeja jenis ini mula dicatakan bererti "kemeja kerah longgar dari kain bermotif Asia".[4]

Pada waktu ini juga menyaksikan seorang pekedai berketurunan Cina iaitu Ellery Chun yang memiliki kedai baju "King-Smith Clothiers and Dry Goods" di Waikiki[7][8] yang menghasilkan baju jenis ini secara besar-besaran[9] dengan tanda dagang khusus aloha shirt selama 20 tahun.[10] Banyak gedung-gedung pakaian mula menjualkan baju ini dengan luasnya serata negeri itu sebanyak 450 orang yang dipekerjakan terlibat berpendapatan sebanyak $600,000 setahun pada hujung dekad tersebut.[11]

Pemasyhuran[sunting | sunting sumber]

Baju ini dipopularkan para askar dan pegawai tentera Amerika Syarikat yang kembali dalam persinggahan di wilayah itu setelah berkhidmat juang jauh di kawasan Timur Pasifik waktu Perang Dunia Kedua; pada ketika ini juga corak-corak yang dipilih dalam pembuatan kemeja ini berlaih mencerminkan budaya setempat orang Hawaii.[12][2] Syarikat Shaheen diasaskan Alfred Shaheen pada tahun 1948[13] mula merekakan jenis kemeja ini yang lebih bermutu dan berpenampilan elok; rekaan kemeja-kemeja ini menarik banyak orang ternama memakainya sepertiElvis Presley untuk hiasan album Blue Hawaii (1961) beliau.[12][14] Pada tahun 1950-an, industri kemeja ini merupakan industri ketiga terbesar di Hawaii setelah gula dan nanas.

Pada tahun 1947, Pemerintah negeri Hawaii memulakan suatu kempen mengalakkan pemakaian kemeja jenis ini ke pejabat dan tempat kerja mereka dipanggi Minggu Aloha (Aloha Week). Pada tahun berikutnya, para pengeluar baju mula mempromosikan pemakaian baju jenis ini pada hari Rabu. Penggalakkan memakai baju ini di tempat kerja awam mula sejak tahun 1956 pada setiap hari Jumaat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dari "Nā Puke Wehewehe ʻŌlelo Hawaiʻi". Ulukau – The Hawaiian Electronic Library:
    • "shirt". Māmaka Kaiao: A Modern Hawaiian Vocabulary. Honolulu: University of Hawaiʻi Press. 2003.
  2. ^ a b Brokaw, Teddy (Mei 2020). "The History of the Hawaiian Shirt". Smithsonian Magazine.
  3. ^ a b "Aroha shatsu to nihonjin imin no rekishi" アロハシャツと日本人移民の歴史 [Aloha Shirt and the history of Japanese immigration]. Japanese Overseas Migration Museum (dalam bahasa Jepun). Japan International Cooperation Agency. 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-09-09. Dicapai pada 2012-10-25.
  4. ^ a b Aloha Style (World Mukku Master Book of Hawaiian Shirt 261) アロハスタイル (ワールド・ムック―マスターブックオブハワイアンシャツ261
  5. ^ a b Furer (1983), m/s. 19.
  6. ^ a b Hope & Tozian (2000), m/s. 17, 19 apud Hughes (2017), m/s. 284
  7. ^ Martin, Douglas (8 June 2000). "Ellery Chun, 91, Popularizer of the Shirt That Won Hawaii". The New York Times. Dicapai pada 28 August 2014.
  8. ^ Hughes (2017), m/s. 284.
  9. ^ Hirahara, Naomi; Smith, Henrietta M. (2002). Distinguished Asian American Business Leaders. Island Heritage Publishing. m/s. 43. ISBN 0-89610-406-0.
  10. ^ Hope, Dale.The Aloha Shirt: Hawai no Spirit, Aloha Shirt no subete.「THE ALOHA SHIRT ハワイのスピリット、アロハシャツのすべて」
  11. ^ Cheung, Alexis (23 February 2018). "The Origins and Appropriations of the Aloha Shirt". Racked. Vox Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 September 2018. Dicapai pada 23 February 2018.
  12. ^ a b Smith, Ray A. (June 7, 2012). "When Designers Meddle With Hawaiian Shirts". The Wall Street Journal. m/s. D6.
  13. ^ Keune, Maribeth; Quinn, Brad (23 July 2010). "Hawaiian Style: The Roots of the Aloha Shirt Interview with Linda Arthur". The Collectors Weekly.
  14. ^ Noland, Claire (4 Januari 2009). "Alfred Shaheen, garment industry pioneer, dies at 86". Obituaries. Los Angeles Times. Dicapai pada 4 Mei 2009.

Sumber utama[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]