Kerajaan Hausa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Kota-kota utama Hausaland dengan garisan merah mewakili sempadan moden.

Kerajaan Hausa atau Hausaland[1] ialah kumpulan wilayah-wilayah yang ditadbir oleh orang Hausa yang terletak di antara Sungai Niger dengan Danau Chad (kawasan utara Nigeria moden). Hausaland terletak di antara kerajaan Ghana Kuno dan Mali dengan kerajaan Kanem-Bornu. Hausaland terbentuk sebagai wilayah politik dan budaya selama milenium pertama Masihi sebagai hasil daripada perluasan masyarakat Hausa ke arah barat. Mereka tiba di Hausaland ketika kawasan itu bertukar daripada hutan menjadi padang rumput. Mereka mula mengusahakan biji-bijian, menyebabkan populasi petani lebih padat. Mereka memiliki bahasa, hukum dan adat yang sama. Hausa terkenal dengan aktiviti memancing, memburu, pertanian, pengekstrakan garam dan pertukangan besi.

Menjelang abad ke-14, Kesultanan Kano menjadi negara kota yang paling kuat. Kano telah menjadi pangkalan perdagangan trans-Sahara bagi barangan garam, kain, kulit, dan biji-bijian. Sejarah lisan Hausa tercermin dalam legenda Bayajidda yang menggambarkan pengembaraan pahlawan Baghdadi Bayajidda yang memuncak dengan pembunuhan ular di perigi Daura dan perkahwinan dengan ratu tempatan Magajiya Daurama. Walaupun negara-negara Hausa memiliki salasilah, bahasa dan budaya yang sama, negara-negara tersebut dicirikan dengan persaingan sengit antara satu sama lain dengan setiap negeri mencari penguasaan terhadap yang lain. Mereka terus-menerus melancarkan perang antara satu sama lain dan sering bekerjasama dengan penjajah sehingga merugikan negara-negara saudaranya lalu menghalang kekuatan kolektif mereka.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lapidus, Ira M. A History of Islamic Societies. 3rd ed. New York, NY: Cambridge University Press, 2014. pg 458-459
  2. ^ Palmer, III, 132-4; Smith, Daura, 52-55

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Hogben, S. J. und Anthony Kirk-Greene: The Emirates of Northern Nigeria, London 1966 (pp. 145–155).
  • Lapidus, Ira M. A History of Islamic Societies. 3rd ed. New York, NY: Cambridge University Press, 2014. pg 458-459.
  • Nicolas, Guy: Dynamique sociale et appréhension du monde au sein d'une société hausa, Paris 1975.
  • Palmer, Herbert R.: Sudanese Memoirs, vol. 3, Lagos 1928 (Bayajidda legend, pp. 132–146).
  • Smith, Michael: The Affairs of Daura, Berkeley 1978.