Kereta Api Berkelajuan Tinggi Haramain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kereta Api Berkelajuan Tinggi Haramain
Tren Talgo 350 SRO
Umum
Nama asalقطار الحرمين السريع
JenisKereta api berkelajuan tinggi
SistemSaudi Railways Organization
StatusBeroperasi[2]
TerminalMadinah
Makkah
Stesen5
Penumpang60 juta penumpang setahun (anggaran)[1]
Laman sesawangLaman rasmi
Operasi
Dibuka11 Oktober 2018
PengendaliSaudi Railway Organisation
(dengan Adif dan Renfe)
Stok kereta api Talgo 350 SRO
Teknikal
Panjang aliran453.0 kilometer (281.5 bt)
Bilangan landasan2
Tolok landasan1,435 mm (4 kaki 8 12 in)
Kelajuan operasi300 km/j (190 mph)
Peta laluan

Kereta Api Berkelajuan Tinggi Haramain (Arab: قطار الحرمين السريع‎) atau Laluan Barat serta Kereta Api Berkelajuan Tinggi Makkah-Madinah (HHSR) merupakan sistem pengangkutan kereta api berkelajuan tinggi antara bandar sepanjang 453 kilometer di Arab Saudi. Laluan tersebut menghubungkan bandar-bandar suci Madinah dan Mekah melalui Bandar Ekonomi Raja Abdulaziz (KAEC) dengan laluan utama sepanjang 449.2 kilometer dan laluan cawangan berjarak 3.75 kilometer ke Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Fasa I[sunting | sunting sumber]

Fasa I dibahagikan kepada dua buah pakej, Pakej 1 yang meliputi kerja-kerja am dan Pakej 2 yang merangkumi pembinaan empat daripada lima stesen dalam laluan tersebut.[4]

Pakej 1[sunting | sunting sumber]

Kontrak rekaan dan pembinaan bagi Pakej 1 yang berjumlah SAR 6.79 bilion (US$1.8 bilion) telah diserahkan kepada Pakatan Al Rajhi yang terdiri daripada China Railway Construction Corporation (CRCC), Al Arrab Contracting Company Ltd, Al Suwailem Company dan syarikat pembinaan Perancis, Bouygues. Pakatan tersebut bekerjasama dengan badan penasihat, Khatib and Alami. Bantuan pengurusan projek diberikan oleh Kumpulan Scott Wilson.[5]

Pakej 2[sunting | sunting sumber]

Kontrak rekaan bagi stesen-stesen di Makkah, Madinah, Jeddah dan KAIA yang berjumlah $38 juta diberikan kepada badan gabungan yang terdiri daripada Foster + Partners dan Buro Happold.[6] Kontrak pembinaan pula diberikan kepada badan gabungan, iaitu Saudi Oger Ltd & El Seif Engineering (stesen-stesen KAEC dan Jeddah), Saudi Bin Laden (stesen Makkah) dan syarikat Turki, Yapi Merkezi (stesem Madinah).[4]

Fasa II[sunting | sunting sumber]

Fasa II merangkumi bahagian-bahagian projek yang tidak disertakan dalam Fasa I seperti landasan, sistem isyarat, telekomunikasi serta kuasa. Fasa ini juga meliputi pengurusan stok kereta api, perkhidmatan serta penyelenggaraan.[7]

Rekaan[sunting | sunting sumber]

Laluan ini terdiri daripada dua landasan dan memiliki sistem landasan elektrik dan dapat menampung kelajuan sehingga 320 kilometer sejam.[8] Namun, kereta api berkhidmat dengan kelajuan 300 kilometer sejam.[9] Kereta api dapat bergerak dari Jeddah ke Makkah dalam masa kira-kira 43 minit dan mengambil masa dalam dua jam untuk perjalanan dari Makkah ke Madinah.[10]

Laluan tersebut berkhidmat dengan 35 buah kereta api dengan setiap satu dapat menumpang sebanyak 417 orang penumpang.[11]

Stesen[sunting | sunting sumber]

Terdapat lima buah stesen dalam aliran tersebut yang terdiri daripada:

  • Stesen Madinah
  • Stesen Bandar Ekonomi Raja Abdullah
  • Stesen Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz (masih tidak digunakan)[10]
  • Stesen Jeddah
  • Stesen Makkah

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Saudi Arabia opens high-speed rail linking Islam's holy cities". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). 25 September 2018. Dicapai pada 2018-09-25.
  2. ^ https://www.arabianbusiness.com/transport/405052-makkah-to-medina-in-90-minutes-saudi-king-launches-new-haramain-rail-service
  3. ^ "Maps and diagrams in Spanish. Colegio ICPP de Madrid" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Disember 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ a b "Haramain High Speed Rail station construction contracts signed". Railway Gazette International. 2011-02-16.
  5. ^ "Haramain High Speed Rail project manager appointed". Railway Gazette International. 2010-01-06.
  6. ^ "Foster + Partners and Buro Happold joint venture to design four stations for Saudi Arabia's new Haramain High-speed Railway". Foster and Partners. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-03. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ "Spanish consortium wins Haramain High Speed Rail contract". Railway Gazette International. 2011-10-26.
  8. ^ "Project brief". Saudi Railways Expansion Programme. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-18. Dicapai pada 2018-11-08.
  9. ^ "Al Rajhi wins Makkah – Madinah civils contract". Railway Gazette International. 2009-02-09.
  10. ^ a b "Train Schedule". www.hhr.sa (dalam bahasa Inggeris). Haramain High Speed Rail. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-19. Dicapai pada 2018-10-18. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  11. ^ "KSA's Haramain train speeds toward a 2018 opening". Arab News (dalam bahasa Inggeris). 2018-03-16. Dicapai pada 2018-07-09.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]