Kereta Berperisai Berat Type 92

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kereta kebal kecil Type 92
Kereta tempur Type92 berhampiran Nanking.
Kereta tempur Type92 berhampiran Nanking.
Tempat asal Empire of Japan
Sejarah pengeluaran
Direka1931
Dihasilkan1932–1939
Jumlah dibina167
Spesifikasi
Berat3.5 tons
Panjang3.95 m (13 ka 0 in)
Lebar1.63 m (5 ka 4 in)
Tinggi1.86 m (6 ka 1 in)
Krew3

Armor6–12 mm
Senjata
pertama
13 mm Mesingan berat Type 92
Senjata
kedua
1 × 7.7 mm Mesingan ringan Type 97
EnjinFranklin/Ishikawajima Sumida C6 sejukan udara inline 6-silinder petrol
45 hp (34 kW)
Sistem ampaianBell crank
Jarak
operasi
200 km (120 mi)
Kelajuan40 km/h (25 mph)

Kereta Berperisai Berat Type 92 (九二式重装甲車, Kyū-ni-shiki Jyū- sōkōsha) merupakan kereta kebal kecil tempatan Empayar Jepun yang pertama. Direka bagi kegunaan kalavari Tentera Jepun Imperial oleh Ishikawajima Motorcar Manufacturing Company (kini Isuzu Motors), Type 92 direka bagi peranan peninjau dan sokongan infantri. Sungguhpun ia sebenarnya kereta kebal ringan, ia digelar sōkōsha (kereta berperisai) dalam bahasa Jepun akibat pemisahan politik dalam Tentera Jepun (kereta kebal dikawal oleh infantri, sementara senjata baru ini bertujuan bagi kalavari). Cara yang sama digunakan di Amerika Syarikat dengan Kereta Tempur M1.

Sejarah Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Selepas Perang Dunia Pertama, banyak negara Eropah cuba melengkapi pasukan kalavari dengan mekanikal. Selari dengan itu, kalavari Jepun turut menguji dengan pelbagai kereta berperisai tentera dengan kejayaan terhad. Kereta berperisai beroda ini tidak sesuai bagi kebanyakan operasi di Manchuria, akibat keadaan jalan yang buruk dan cuaca musim sejuk yang melampau. Tentera Jepun (sama seperti tentera Amerika Syarikat, Perancis, British dan Russia) cuba dengan pelbagai cara untuk menyatukan kenderaan perisai moden dengan pasukan kalavari berkuda tradisi mereka. [1]

Sejak awal 1920-an, Sekolah Kalavari Tentera Jepun Imperial (“Imperial Japanese Army Cavalry School”) bertempat di prefectur Chiba menguji pelbagai kereta kebal ringan Eropah, termasuk enam kereta kebal kecil Carden Loyd dan beberapa kereta kebal Renault FT-17, dan keputusan dicapai pada 1929 untuk memilih bagi membangunkan pembangunan kenderaan baru, kebanyakannya berdasarkan reka bentuk Carden Loyd dan bertujuan bagi menangani kekurangan kereta berperisai beroda.[2]

Pengeluaran dimulakan oleh Syarikat Motorcar Manufacturing pada 1932. Pengeluaran awal berhadapan dengan masalah teknikal dan secara keseluruhan hanya 167 unit dibina antara 1932 dan 1939. Selepas masalah awal dengan fungsi gear diatasi, Type 92 terbukti sesuai bagi permukaan kasar dan jalan buruk di Manchuria dan China, dan mampu mencapai kelajuan 40 km/h (25 mph). Sesetengah kenderaan dilengkapi dengan dua lampu sorot bagi operasi malam dan radio Type 94 Mk 4 Otsu (model 1934 ini memiliki julat 0.6 batu dan seberat 88 lb; ia menggunakan antena sepanjang 23 ka (7.0 m) dalam bentuk " L terbalik").

Type 92 akhirnya digantikan oleh Type 94 Te Ke semasa Perang Cina-Jepun Kedua, sungguhpun sumber British dan Amerika kedua-duanya sering keliru antara kedua model.[3]

Kereta berperisai berat Type 92

Perisai dan persenjataan[sunting | sunting sumber]

Type 92 menggunakan perisai kenderaan yang di rivet dan dipetri dengan ketebalan maksima dari 6 mm (pada badan) hingga 12 mm (pada turet). Perisainya yang nipis membolehkan berat dikekalkan pada tiga tan; bagaimanapun, perisai ini tidak cukup tebal untuk menahan walaupun tembakan rifle biasa.[4] Sungguhpun perisainya lebih nipis dan senjatanya lebih ringan berbanding kenderaan Eropah semasa, Type 92 hanya mampu mencecah kelajuan 40 km/h.

Dari segi persenjataan, bagi sebahagian besarnya, senjata utamanya adalah 13 mm Mesingan berat Type 92 yang dipasangkan pada badan, dibidik secara insani, dibina di bawah lesen dari Hotchkiss. Senjata ini memiliki gerakan terhad, tetapi termasuk pivoting eyepiece on the gunsight optics dan dongakan sudut tinggi, membolehkan kegunaan sebagai anti pesawat. Kenderaan kedua adalah 6.5 mm Mesingan Type 91, kemudiannya diganti dengan 7.7 mm Mesingan ringan Type 97 dipasang pada turet digerakkan secara insani.[3] Pada awalnya, kenderaan ini dilengkapi dengan dua mesingan 6.5 mm atau 7.7 mm yang sama pada kedua turet dan pada badan.

Selepas pengeluaran tamat, usaha dilakukan bagi meningkatkan persenjataan releven di medan tempur. Meriam Mesin Type 98 20 mm dipasang dengan jayanya pada badan sejumlah kenderaan, menggantikan mesingan 13.2 mm. Cubaan turut dibuat bagi memasang meriam kereta kebal 37 mm pada kenderaan dengan kurang jayanya. Sebagai tambahan, tenggekan luaran anti pesawat disimpan pada kenderaan yang boleh dipasang pada bahagian luar belakang menghadap turet, membenarkan tambahan mesingan kereta kebal Type 91 atau Type 97 untuk dipasang. Penutup enjin boleh dibuka dan dikunci bersama untuk embentuk tempat duduk bagi penembak yang menggunakan mesingan dipasang di luar.

Variasi[sunting | sunting sumber]

Terdapat empat versi Type 92. Prototaip awal beroda dan kereta kebal afimbia ujian (Type 92 A-I-Go) dengan badan kedap air, pelampong dan kipas (hanya 2 dibina) akhirnya menghasilkan model pengeluaran awal dengan dua bogi pada setiap sisi, setiap satunya dengan dua roda jalan kecil berlapik getah. Bagaimanapun, model ini digantikan dalam pengeluaran dengan model pengeluaran akhir dengan sistem gantungan diperbaiki, apabila pengalaman tempur menunjukkan bahawa Type 92 awal cenderung tanggal treknya semasa pusingan kelajuan tinggi.[3]

Kegunaan tempur[sunting | sunting sumber]

Kereta kebal kecil Type 92 digunakan terutamanya oleh Tentera Kwantung di Manchuria dan oleh Tentera Chosen Army di Korea.

Aksi terkenal di mana Type 92 terbabit termasuk Pertempuran Harbin dengan Brigade Kalavari 1 dan Pertempuran Rehe dengan Kompenie Kereta kebal Khas 1 dari Division ke-8 Tentera Jepun Imperial.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Taki's Imperial Japanese Army
  2. ^ Foss. Tanks: The 500. pp. 220
  3. ^ a b c Foss. The Great Book of Tanks. p. 106
  4. ^ laporan berkenaan Type 92 dari September 1945 Intelligence Bulletin

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Foss, Christopher (2003). Great Book of Tanks: The World's Most Important Tanks from World War I to the Present Day. Zenith Press. ISBN 0-7603-1475-6. 
  • Foss, Christopher (2003). Tanks: The 500. Crestline. ISBN 0-7603-1500-0. 
  • Zaloga, Steven J. (2007). Japanese Tanks 1939–45. Osprey. ISBN 978-1-84603-091-8. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Interwar tanks Templat:WWIIJapaneseAFVs