Pergi ke kandungan

Keruing sol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Keruing sol
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Malvales
Keluarga: Dipterocarpaceae
Genus: Dipterocarpus
Spesies:
D. lowii
Nama binomial
Dipterocarpus lowii
Sinonim
  • Dipterocarpus undulatus Vesque

Keruing sol (Dipterocarpus lowii) ialah spesies tumbuhan yang berkeluarga Dipterocarpaceae genus Dipterocarpus.[2]

Ia juga dikenali sebagai shol di Pahang dan Sarawak dan Keruing machang di Terengganu.

Penerangan

[sunting | sunting sumber]

Ciri fizikal

[sunting | sunting sumber]

Keruing sol boleh mencapai ketinggian sehingga 55 m (180 ka). Ciri-ciri lapangan seperti berikut:[3][4]

  • Daun: daun yang keras dengan bentuknya ovat atau oblong-lanseolat. Hujung daun berbentuk akut atau obtus.
  • Bunga: bunganya besar.
  • Biji benih: bijinya dilitupi dengan tiub kaliks berenda dari seksyen plicati (melindungi tiub kaliks sepenuhnya).
  • Batang pokok: berbatang besar dengan banirnya hingga 2.5 m (8 ka 2 in) tinggi dengan menyebar akar yang besar timbul pada permukaan tanah. Kulit pokok berwarna coklat gelap atau kelabu dengan sisik seragam.

Keruing sol boleh dijumpai di Sumatera, Semenanjung Malaysia (Johor, Kedah, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu) dan Borneo (Sabah dan Sarawak).[5]

Keruing sol tumbuh di kawasan hutan dipterokarpa pamah.

  1. Barstow, M. (2020). "Dipterocarpus lowii". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2020: e.T33077A68070039. doi:10.2305/IUCN.UK.2020-2.RLTS.T33077A68070039.en. Dicapai pada 10 Ogos 2026.
  2. "Dipterocarpus lowii". Malaysia Biodiversity Information System (MyBIS) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-08-10.
  3. Kamaruzaman, Haji Mohd Paiz; Yunus, Norhaidi; Abdul Jalil, Abdul Rahman; Mohd, Mohd Nasir (2011). Kaum Dipterokarpa Negeri Pahang. Kuantan, Pahang: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP). ISBN 978-983-41623-1-3.
  4. "Keruing (Dipterocarpus lowii)". ITTO (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-08-10.
  5. Chua, L. S. L., penyunting (2010). Malaysia plant red list: peninsular Malaysian Dipterocarpaceae. Research pamphlet / Forest Research Institute Malaysia. Kepong, Selangor: Forest Research Institute Malaysia [u.a.] ISBN 978-967-5221-34-7.