Persatuan Negara-negara Asia Tenggara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari ASEAN)
Jump to navigation Jump to search
Moto: "One Vision, One Identity, One Community"[1]
Association of Southeast Asian Nations (orthographic projection).svg
Urus setia Jakartaa
6°12′S 106°49′E / 6.200°S 106.817°E / -6.200; 106.817
Bahasa kerja English[2]
Bahasa rasmi
of contracting states
Keanggotaan
Pemimpin
• Pengerusi
Filipina Rodrigo Duterte
Vietnam Le Luong Minh[3]
Diasaskan
8 Ogos 1967
• Piagam
16 Disember 2008
Luas
• Jumlah
4,435,618[4] km2 (1,712,602 bt2)
Penduduk
• Anggaran 2013
625 juta[4]
• Ketumpatan
141/km2 (365.2/sq mi)
KDNK (PPP) anggr. 2014 
• Jumlah
US$7.6 trillion[5]
• Per kapita
US$12,160[5]
KDNK (nominal) anggr. 2015 
• Jumlah
US$2.8 trillion[5]
• Per kapita
US$4,160[5]
HDI (2015)  0.684b
sederhana
Zon waktu ASEAN (UTC+6:30 to +9)
Laman sesawang
www.asean.org
  1. Address: Jalan Sisingamangaraja No.70A, South Jakarta.[6]
  2. Calculated using UNDP data from member states.
Sekretariat ASEAN di Jalan Sisingamangaraja No.70A, Jakarta Selatan, Indonesia.
Bendera 10 negara ASEAN.

ASEAN, merupakan singkatan bagi "Association of Southeast Asian Nations" atau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara. ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok dengan tujuan untuk mengukuhkan kerjasama serantau. Negara anggota mengadakan mesyuarat pada setiap November.

Prinsip utama ASEAN[sunting | sunting sumber]

Prinsip prinsip utama ASEAN digariskan seperti berikut:

  • Hormat terhadap kemerdekaan, ketuanan, kesamaan, integriti jajahan dan identiti nasional semua negara
  • Hak untuk setiap negara untuk memimpin kehadiran nasional bebas daripada campur tangan luar, subversif atau koersion (coercion)
  • Penyelesaian perbezaan atau perdebatan dengan aman
  • Menolak penggunaan ketenteraan
  • Kerjasama effektif antara anggota.

Anggota ASEAN[sunting | sunting sumber]

Kini ASEAN dianggotai oleh hampir semua negara di Asia Tenggara kecuali Papua New Guinea. Negara-negara anggota adalah seperti berikut:

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah ASEAN

ASEAN ditubuhkan oleh lima negara pengasas; Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand di Bangkok semasa proses penandatanganan satu perjanjian yang dikenali sebagai Deklarasi Bangkok. Menteri luar ketika itu ialah Adam Malik (Indonesia), Narciso R. Ramos (Filipina), Tun Abdul Razak (Malaysia), S. Rajaratnam (Singapura), dan Thanat Khoman (Thailand).

Brunei menganggotai ASEAN pada 8 Januari 1984 iaitu seminggu selepas mencapai kemerdekaan. Hanya selepas 11 tahun kemudiannya ASEAN menerima ahli baru. Vietnam menjadi anggota yang ketujuh pada 28 Julai 1995, Laos dan Myanmar menjadi ahli dua tahun kemudianya, iaitu pada 23 Julai 1997. Walaupun Kemboja sudah menyertai ASEAN bersama-sama Myanmar dan Laos, Kemboja terpaksa menarik diri disebabkan masalah politik dalam negara tersebut. Namun, dua tahun kemudiannya Kemboja menyertai semula ASEAN pada 30 April 1999.

Timor Leste[sunting | sunting sumber]

Negara baru Timor Leste, dahulunya dalam Indonesia, terpaksa berhempas pulas untuk mendapat status pemerhati dalam ASEAN. Namun, banyak negara dalam ASEAN tidak menyokong penglibatan Timor Leste pada akhir 1990-an atas rasa hormat kepada Indonesia. Myanmar, terutamanya, menentang pemberian status pemerhati kepada Timor Leste kerana sokongan Timor Leste terhadap perjuangan Aung San Suu Kyi.

Sejak kemerdekaan Timor Leste pada Mei 2002, ASEAN telah banyak membantu negara baru ini. Timor Leste telah dijemput untuk hadir dalam beberapa mesyuarat ASEAN. Walau bagaimanapun, Timor Leste masih dilantik sebagai negara pemerhati.

ASEAN dianggarkan merangkumi 500 juta orang dan merangkumi kawasan seluas 4.5 juta kilometer per segi.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "ASEAN Motto". ASEAN.org. ASEAN. Dicapai 9 May 2015. 
  2. ^ ASEAN Charter (PDF). Association of Southeast Asian Nations. m/s. 29. Article 34. The working language of ASEAN shall be English. 
  3. ^ "Secretary-General of ASEAN Le Luong Minh". ASEAN.org. ASEAN. Dicapai 9 May 2015. 
  4. ^ a b "Selected Basic ASEAN Indicators" (PDF). ASEAN.org. ASEANstats. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 4 September 2015. Dicapai 9 May 2015. 
  5. ^ a b c d ASEAN Community in Figures (ACIF) 2013 (PDF) (edisi 6th). Jakarta: ASEAN. Feb 2014. m/s. 1. ISBN 978-602-7643-73-4. Dicapai 9 May 2015. 
  6. ^ "ASEAN Centres & Facilities". ASEAN. Association of Southeast Asian Nations. Dicapai 16 September 2015. 
  7. ^ (Inggeris) Is Timor-Leste Eventually Ready to Join ASEAN?
    * The country was recognized as an ASEAN observer in 2002 and joined the ASEAN Regional Forum in 2005.