Kerekup

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kerukup)

Kerekup
Setangkai buah kerekup
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
F. jangomas
Nama binomial
Flacourtia jangomas
Sinonim[1]
  • Flacourtia cataphracta Roxburgh ex Willdenow.
  • Rumea jangomas (Lour.) Spreng.
  • Stigmarota jangomas Lour.
  • Xylosma borneensis Ridl.

Kerekup, kerukup, kelu­kub, kerkuh, kerkup atau kurkup (nama botani: Flacourtia jangomas)[2][3][4]:73[5] ialah spesies tumbuhan dalam keluarga Salicaceae.[6][7]

Ia mungkin tumbuh asli di India. Ia ditanam di kawasan-kawasan pamah tropika.[4][8]

Botani[sunting | sunting sumber]

Pokok kerekup kecil dan tumbuh setinggi 6–14 meter. Batang muda pokok berduri. Kulit kayu batang pokok yang tua berwarna perang pucat atau kemerahan dan mengelupas. Helai daunnya berbentuk bujur dengan ukuran 5–11 sentimeter panjang dan 2–5.5 sm lebar. Daun-daun dan akarnya mengandungi tanin.[3][4]:72–73

Buah kerekup berukuran garis pusat 1.5–2.5 sm. Buah mudanya muncul berwarna hijau; ia bertukar warna menjadi merah, ungu atau hitam selepas ia masak. Isinya berwarna kuning kehijauan.[3][4]:73[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Flacourtia jangomas (Lour.) Raeusch". Plants of the World Online. Royal Botanical Gardens, Kew. 2023. Dicapai pada 19 Julai 2023.
  2. ^ "Flacourtia jangomas". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ a b c Hean Chooi Ong (2006). Buah: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications. m/s. 18–19, 70–71. ISBN 9789676118929.
  4. ^ a b c d Sleumer, Herman Otto (Disember 1954). "Flacourtiaceae". Flora Malesiana. 5 (1): 1–106 – melalui Naturalis Institutional Repository.
  5. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "kĕrkup". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 575 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  6. ^ Hanelt, Peter; Institute of Plant Genetics and Crop Plant Research, penyunting (2001). Mansfeld's Encyclopedia of Agricultural and Horticultural Crops: (Except Ornamentals). Springer. m/s. 3700. ISBN 978-3-540-41017-1.
  7. ^ Chandra, Indrani; P. Bhanja (25 Ogos 2002). "Study of organogenesis in vitro from callus tissue of Flacourtia jangomas (Lour.) Raeusch through scanning electron microscopy". Current Science. India: Persatuan Sains Semasa dan Akademi Sains India. 83 (4): 476–479.
  8. ^ a b "Flacourtia jangomas (Lour.) Raeuschel". Pacific Island Ecosystems at Risk. Dicapai pada 19 Julai 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]