Malpighiales

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Malpighiales
frames
Pengelasan saintifik
Templat:Susunan magnoliopsida

Malpighiales ialah satu susunan tumbuhan berbunga yang besar. Susunan ini telah dimasukkan dalam kumpulan eurosid I dalam pengelasan APG baru-baru ini. Sistematik dalamannya masih tidak pasti. Susunan itu yang luas merangkumi tumbuhan-tumbuhan yang kelihatan berbeza-beza, seperti pokok violet dan pokok willow, pokok buah markisah dan pokok bakau, pokok poinsetia dan pokok flaks.

Dalam sistem Cronquist yang lebih lama, famili-famili yang kini digolongkan dalam Malpighiales tersebar dalam sebilangan susunan lain yang bukan semuanya di bawah subkelas Rosidae. Famili-famili tersebut yang paling terkenal ial Polygalales, Violales, Theales, Linales, dan Euphorbiales.

Famili Malpighiaceae pada dirinya dimasukkan dalam Polygalales, satu susunan yang masih diiktirafkan oleh Sistem Maklumat Taksonomi Bersepada (ITIS).

Famili[sunting | sunting sumber]