Kesatuan Matematik Antarabangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kesatuan Matematik Anatarabangsa (IMU) (bahasa Inggeris: International Mathematical Union) merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang berperanan menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam memajukan ilmu matematik.

IMU merupakan ahli Majlis Sains Antarabangsa (ICSU).

Objektif-objektif IMU termasuklah menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam matematik, mendukung Kongres Ahli Matematik Antarabangsa serta persidangan sains yang lain dan menggalakkan kegiatan matematik antarabangsa yang mampu menyumbang kepada pemajuan sains matematik baik tulen, gunaan atau pendidikan.

IMU juga menerbitkan buletin tahunan untuk melaporkan aktiviti-aktivitinya, serta pembaharuan dalam bidang matematik.[1]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-06. Dicapai pada 2007-09-07.