Pergi ke kandungan

Kesultanan Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kesultanan Sarawak Darulhana (Jawi: كسلطانن ملايو سراوق دارالهنا) ialah sebuah kerajaan Melayu Sarawak tradisional yang terletak di Bahagian Kuching, Sarawak sekarang. Kerajaan ini diasaskan dalam tahun 1599 selepas jatuhnya Kerajaan Santubong akibat penawanan Kerajaan Brunei pada era pimpinan Almarhum Sultan Muhammad Hassan. Kesultanan ini menyaksikan pemerintahan sultan tunggal, Sultan Tengah, Putera Brunei, dikenali sebagai Ibrahim Ali Omar Shah Ibni Sultan Muhammad Hassan yang terkenal dengan seseorang yang spiritual dan juga berilmu ugama. Negeri ini menjalinkan hubungan rapat dengan Brunei dan Johor dan melalui Sultan Tengah juga berdirinya Kesultanan Sambas yang dipimpin oleh anak baginda, Sultan muhammad Tsaifuddin bin Ibrahim Ali Omar Shah.Pada zaman pemerintahan Sultan Saiful Rizal, Sultan Brunei yang ke tujuh (7) yang mempunyai seorang putera di gelar Maharaja Brunei, Sultan Shah Brunei, Sultan Brunei yang ke lapan (8) apabila baginda lindung [syahid] telah di ganti oleh adinda baginda bernama Pengiran Muda Tengah Muhamad Hassan menjadi Sultan Brunei yang ke Sembilan (9) dari tahun 1582 hingga 1598.

Sultan Muhammad Hassan terkenal dengan sebutan "Marhum di Tanjung" mempunyai empat orang isteri dan tiga (3) orang putera gahara yang termasyur dari isteri isteri baginda.

Yang pertama, Pengiran Muda Besar Abdul Jalilul Akhbar yg diputerakan sebelum baginda menaiki takhta menjadi Sultan Brunei yg kesepuluh (10) bergelar Sultan Abdul Jalilul Akhbar yg terkenal dengan gelaran "Marhum Tua" yang memerintah dari tahun 1598 hingga 1659. Putera beliau bernama Sultan Abdul Jalilul Jabbar menjadi Sultan Brunei yg ke sebelas (11).

Putera baginda kedua ialah Pengiran Muda Tengah Ibrahim Ali Omar Shah diputerakan setelah baginda Sultan menaiki takhta menjadi  Sultan Sarawak yg pertama dan terakhir bergelar Sultan Ibrahim Ali Omar Shah.

Putera baginda yang ke tiga adalah Pengiran Muda Bongsu Hj Muhammad Ali yg bergelar Sultan Muhammad Ali, Sultan Brunei yang ke dua belas (12) apabila menaiki takhta dari tahun 1660 sehingga 1661 sebelum lindung di kujut oleh Pengiran Bendahara Abdul Bin Pengiran Bendahara Mohamad yg bergelar Sultan Hakkul Mubin apabila menaiki takhta Sultan Brunei ke tiga belas (13).

Kisah Sultan Sarawak bermula apabila Sultan Muhammad Hassan lindung pada tahun 1598 di ganti oleh putera baginda Pengiran Muda Besar Abdul Jalilul Akhbar.

Apabila Sultan Abdul Jalilul Akhbar menaiki takhta maka adinda baginda Pengiran Muda Tengah berhasrat hendak menaiki takhta juga dengan alasan beliau merupakan putera Sultan sewaktu Sultan Muhammad Hassan sudah menaiki takhta.

Sultan Abdul Jalilul Akhbar menyelesaikan masalah ini dengan menjadi kan Pengiran Muda Tengah sebagai Sultan Sarawak.

Keberangkatan Sultan Tengah ke Sarawak itu diiringi oleh 1,000 orang Brunei terdiri dari Suku Sakai (hulubalang), Kedayan dan orang dari Pulau Bunut, di samping beberapa orang pegawai dan anak orang baik baik yg asalnya memegang peranan penting dalam pemerintahan Negara.

Setelah berada di Sarawak, baginda membangunkan istana, Lapau dan Kota keliling istana. Baginda juga melantik pembesar Negara untuk pentadbiran yg di anugerah kan kepada pengiring baginda dengan gelaran Dat Petinggi Seri Setia, Dat Shahbandar Laila Wangsa, Dato Amar Setia Di Raja dan Dato Temmenggung Laila Wangsa. Baginda memasyurkan diri baginda sebagai Sultan Ibrahim Ali Omar Shah, Sultan Sarawak yg pertama.

Sultan Ibrahim Ali Omar Shah pernah berangkat ke Johor di mana Wilayah Johor pada ketika itu dari Pahang sehingga ke Kepulauan Riau Lingga. Di Johor berlaku salah faham antara baginda dengan pembesar Johor sehingga Sultan Johor murka.

Ada kisah mengatakan bahawa baginda sebagai Sultan dan pendakwah tidak suka di bawa menari lalu menampar pembesar Kesultanan Johor, ada yg mengatakan baginda menolak cadangan perkahwinan dan ada kisah mengatakan yg baginda mengamuk di Johor.

Baginda terpaksa berangkat meninggalkan Johor dan dalam Perjalanan baginda telah dilanda ribut lalu terdampar ke Sukadana yg ketika itu di perintah oleh Penambahan Giri Mustika atau nama lain baginda adalah Maulana Sultan Muhammad Saifuddin.

Sultan Ibrahim Ali Omar Shah lalu berkahwin dengan Puteri Surya Kesuma adinda Maulana Sultan Muhammad Saifuddin.Setelah sekian lama baginda memohon Izin dari Kekanda baginda Maulana Sultan Muhammad Saifuddin untuk meninggalkan Sukadana lalu berangkat ke Kuala Bangun, Sambas.

Baginda seterusnya bersemayam di Kota Lama dan berkenaan dengan Ratu Sapuda di mana puteri Ratu Sapuda dikahwinkan Radin Sulaiman putera Sultan Ibrahim Ali Omar Shah.

Baginda pernah bersemayam di Matan dan kahwin dengan Puteri Matan dan mendapat seorang Putera bernama Pengiran Mangku Negara dan menjadi Sultan Matan.

Selepas dari Matan Baginda pun berangkat balik ke Sambas dan dari sana terus ke Sarawak.

Dalam Perjalanan balik ke Sarawak baginda singgah di satu tempat bernama Batu Buaya, Santubong dimana ketika baginda berada di tepi sungai diaruk rusuk baginda dengan lembing dan baginda menikam pembelot tersebut dengan keris dan kemudian baginda lindung.

Apabila pembesar Kesultanan Sarawak mendapat berita Sultan Sarawak lindung maka mereka pun terus hilir ke Santubong untuk menyempurnakan pemakaman layuan baginda sekitar tahun 1641.

Begitulah berakhir kisah Sultan Pertama dan terakhir Sarawak.

Kerajaan ini telah dibubarkan berikutan pembunuhan Sultan Tengah pada tahun 1641 yang didalangi oleh kerabat baginda sendiri. Akibat mangkatnya Sultan Tengah, berlakunya perang saudara antara Sambas dan Brunei dalam menuntut wilayah Sarawak sehingga Brunei "bertindak melulu" apabila menyerahkan wilayah Sarawak kepada seorang saudagar Inggeris yang dikenali sebagai "Tamak" oleh orang Brunei dan Sambas.

https://www.wattpad.com/899940316-sarawak-before-1841-sultan-tengah-1

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • Arkib Negara Malaysia (2016), Penemuan Makan Sultan Sarawak Pertama, Pekhabar
  • Bruneidesi (2017), Sultans of Brunei
  • Danielle Sendou Ringgit (2016), A brush with royalty in Sambas, The Borneo Post
  • Gregory, Zayn (2015), The Maqam of Sultan Tengah, BinGreogory
  • Kaffah (2017), Istana Alwatzikhubillah, Kabupaten Sambas, Kalimantan barat
  • Larsen, Ib (2012), The First Sultan of Sarawak and His Links to Brunei and the Sambas Dynasty, 1599-1826: A Little known Pre-Brooke History, Malaysian Branch of Royal Asiatic Society
  • Porritt, Vernon L. (2012), Sarawak Proper: trading and trading patterns from earlier times to the registration of the Borneo Company in 1856., Borneo Research Council, Inc
  • Sarawak State Secretary Office (2016), Sarawak Before 1841, Official Website of Sarawak State Government
  • Sygic (2017), Tomb of Sultan Tengah
  • Tomi (2014), Pasak Negeri Kapuas 1616-1822, Feliz Books, ISBN 978-602-961-357-5
  • Tunku Hilda (2015), Kino Santubung Megalithic Mystery, KINO (Kuching In and Out), diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-29, dicapai pada 2019-09-21
  • Utusan Borneo Online (2016), Teater Kesultanan Sarawak