Ketagihan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Topografi otak yang menunjukkan metabolisme otak antara individu normal (kiri) dengan individu dengan ketagihan kokaina.

Ketagihan atau kecanduan merupakan situasi penyakit otak di mana berlakunya pengingingan dan kehendak terhadap suatu rangsangan (stimulus) meskipun mendatangkan keburukan. Kenikmatan dan kepuasan yang dicari pada rangsangan awal, tetapi lama-kelamaan menjadi sesuatu yang perlu untuk memastikan fungsi badan yang normal.[1]

Seseorang yang mengalami masalah ini dipanggil sebagai penagih apabila mengalami kebergantungan fizikal atau psikologi terhadap sesuatu rangsangan.

Contoh ketagihan bahan serta tindakan termasuklah alkoholisme, ketagihan-ketagihan dadah seperti ganja, nikotin, kokaina, makanan, permainan video, Internet, sukan, idola, perbelanjaan, perjudian, mencederakan diri dan seks.[2][3][4][5] Satu-satunya masalah ketagihan yang disenaraikan dalam ICD-10 dan DSM-5 ialah ketagihan perjudian.

Masalah ketagihan menyebabkan kesan nyawa dan ekonomi yang besar terhadap individu dan masyarakat majmuk. Di Amerika Syarikat, kos kehilangan ekonomi akibat ketagihan adalah lebih besar berbanding gabungan kehilangan ekonomi akibat kencing manis dan semua jenis barah.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jean Morrissey; Jenm; Brian Keogh; Louise Doyle (2008). Psychiatric Mental Health Nursing. Dekker. m/s. 289. ISBN 9780717144594. 
  2. ^ Taylor, C.Z. (2002). "Religious Addiction: Obsession with Spirituality". Pastoral Psychology. Springer Netherlands. 50 (4): 291–315. doi:10.1023/A:1014074130084. Dicapai 2008-03-24.  Parameter |month= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  3. ^ Depression. The Columbia Electronic Encyclopedia. Columbia University Press. 2007. Dicapai 2008-03-24. 
  4. ^ Nowack, W.J. (2006-08-29). "Psychiatric Disorders Associated With Epilepsy". eMedicine Specialities. WebMD. Dicapai 2008-03-24. 
  5. ^ Beck, D.A. (2007). "Psychiatric Disorders due to General Medical Conditions" (PDF). Department of Psychiatry, University of Missouri-Columbia. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 2008-04-14. Dicapai 2008-03-24. 
  6. ^ "American Board of Medical Specialties recognizes the new subspecialty of addiction medicine" (PDF). American Board of Addiction Medicine. 14 March 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Kategori berkenaan Ketagihan di Wikimedia Commons